Categories

  • Home
  • About me
  • Tips
  • Beauty
  • Study

Atirah Ramlee

Assalammualaikum WBT.

Hi everyone, long time no see! Saya sangat busy lately ni and currently I am working as a fresh graduate (I will update to you guys later on another entry). Hari ni I nak tulis tentang cleaning service yang I pernah try, kenapa nak kena review? Sebab saya rasa ini adalah servis yang paling terbaik setakat ini yang saya pernah cuba. Selain harga yang berpatutan, servis diorang ni memang on top lah! Dari customer service (Miya) sampailah maids yang buat kerja (kakak). Semua baik-baik dan senang dibawa berbincang 👍

Nama company cleaning service ni adalah Promaid Services & Supplies Sdn Bhd. Kalau korang tertanya-tanya, korang boleh je search dekat mana-mana sosial media diorang seperti Facebook, Instagram, Tiktok. Diorang memang sangat aktif dekat social media. Dan inilah jugak sebabnya kenapa saya boleh berminat dengan servis diorang. Sebelum ni ada je survey cleaning service yang lain, tapi first thing first zaman sekarang ni semua dunia di hujung jari. Apa-apa kita akan tengok media sosial dulu, betul tak? So, cleaning service yang lain tak ada macam mana Promaid Cleaning Service ada. Selain daripada harga yang Promaid offer dekat saya sangatlah berpatutan (harga memang affordable dan make sense tak ada caj pelik-pelik), Promaid memang sangat membantu dan laju je reply semua pertanyaan saya. Customer service dia laju buat kerja! ⭐

Sebelum saya decide untuk pilih Promaid Service, customer service ada bagi saya list harga walaupun saya nak service yang basic je. Tapi start situ saya impressed sangat-sangat sebab harga dia untuk semua service memang murah 😍




boleh rujuk kat sini kalau korang berminat

Tengok tu, murah kan? Promaid Cleaning Services ni cover je semua area Johor Bahru. Selalunya servis yang best dan harga affordable macam ni bersepah dekat KL, saya buntu nak cari kat JB. Rupanya ada ye!! Alhamdulillah. Sangat memudahkan kerja saya, sebab saya memang tak sempat nak bersih rumah tak ada masa dan banyak sangat nak kena bersihkan. Daripada saya berpenat-penat dengan tak cukup masa nya penat balik kerja, baik saya hire maid, betul tak? Murah pun murah. 

Macam mana yang tertera dekat situ, Promaid memang buat servis untuk condo/apartment, single storey/double storey, semi D/cluster house dan office (normal shop lot) 1 floor/2 floor. Diorang akan buat servis untuk company besar juga macam Perodua atau kilang-kilang besar yang lain. Ini sangat menunjukkan Promaid memang dipercayai ramai. 

Saya ada minta gambar dan video dari team marketing Promaid, dan minta izin untuk promote service diorang dekat laman blog saya. Saya sangat berpuas hati dan excited nak share dekat korang!! Kalau korang berminat nak ambik Promaid, saya akan share social media account dan nombor telefon untuk korang hubungi. Selalunya kalau nak dekat-dekat musim perayaan contohnya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya, orang akan dah start busy nak kemas-kemas dan bersih rumah. Kadang-kadang ada yang tak sempat nak kemas pun kan, ataupun korang nak bantu mak ayah yang dah tak larat dah nak bersih rumah. Kalau nak tanya apa-apa, sila berhubung dengan customer service diorang okay!


Basic Cleaning Services











Move-In Cleaning Services 












After Renovation Cleaning Services 









Hasil daripada gambar-gambar yang meningkatkan rasa percaya saya kepada Promaid ini, saya yakin dan percaya bahawa Promaid Cleaning Services sememangnya pilihan yang tepat. Saya akan repeat lagi untuk next service diorang, kalau nak sambut perayaan ke apa, tak payah susah-susah nak kemas rumah penat-penat. Jimat waktu, kita boleh buat kerja lain selain bersihkan rumah. Saya sangat suka dengan Promaid Cleaning Services bukan disebabkan servis diorang sahaja, tapi saya rasa sangat dekat dengan Promaid disebabkan kemesraan, tanggungjawab dan amanah yang diorang tunjukkan. 

Ini bukan overclaim tetapi review jujur bagi pihak saya sahaja, tak ada berkaitan dengan mana-mana yang hidup ataupun yang telah mati. Dan saya memang sangat mementingkan kebersihan, sebab tu saya rasa wow sangat dengan gerak kerja diorang. Kalau korang nak rasa pengalaman gunakan servis daripada Promaid, korang boleh cuba sekali je dulu. Kalau korang repeat as a regular customer, korang akan dapat discount!! 🫶 

P/s: thank you so much for your good service Promaid Cleaning Services!!! 💖

Whatsapp/Call: https://wa.link/nr62g6
Tiktok: promaid.my
Facebook: promaid cleaning services
Instagram: promaid.my
Website: promaid.my























































السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Hi. Bertemu lagi kita dalam blog ini yang setahun sekali saja updatenya, al-fatihah untuk diri sendiri. Kita straight to the point saja okay, kerana entri kali ini tersangatlah panjang. Trip kali ini pakat main terjun saja tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun tak semua yang dirancang menjadi realiti. Sebabnya, 2 hari sebelum pergi dah ada tentatif siap dengan jawatan masing-masing setiap sorang acah pergi program under TNC ya. Tapi tidak mengapa saudara, kita enjoy! 🫡

Jangan percaya asssignment tolak tepi, sebab aku yang beriya buat tentatif aku juga la yang buat assignment Contract Law II pada malam itu sampai pukul 4 pagi baru dapat tidur. Semuanya hanya dirancang tanpa tahu tarikh yang tetap, akhirnya keputusan last minute juga yang menjadi pilihan semua 😑 Malam tu apa lagi, semua kelam kabut nyah sampai lewat tidur nak packing barang semata. Tapi takpa, sebab excited nak habiskan cuti midsem tu kite happy jeeeeee, yay!

31/05/2023

🌞 during the day:

Kitorang gerak after subuh sebab nak kejar train punya pasal. Nak pickup satu-satu lagi dari inasis ke inasis. Alhamdulillah everything went well, pakcik sapu pun baik jugak. UUM ke KTM Arau tu dalam RM25-30 jugaklah, jangan risau tak mahal pun lagi-lagi kalau naik ramai-ramai. Tapi kitorang bayar RM30 walaupun sebenarnya pakcik tu nak RM32 sebab nak pickup satu demi satu dari laluan A, laluan C dan Kachi. Tapi kita kan student marhaen, dapatlah -diskaun. Dalam pukul 7 pagi kami dah sampai dekat KTM Arau, nak beli tiket tu beli je terus dekat kiosk yang disediakan. Best kalau nak travel naik train ni sebab murah, Arau-Gurun baru RM6.10

mudah sajooo nak belinya

tunggu train sampai you

Sampai dekat KTM Gurun dalam pukul 8.30 pagi macam tu kejap je tak lama pun, kawan kitorang jemput dan bertebaranlah kami di muka bumi Gurun yang terletak di kaki Gunung Jerai ini untuk mencari sesuap sarapan, pekena dengan roti canai dan milo panas. Rasa roti canai dia tak sama dengan Sabah, mungkin tekak aku saja yang tak boleh nak masuk sebab pedas dan manis sikit. Sebenarnya boleh je request tak pedas tapi manalah aku tau bye. Nasib baik tak terberak ye kawan-kawan. Total breakfast kitorang hanya RM19.50. Tak perlu risau dan segan untuk mencubanya. After breakfast tu, kitorang terus gerak ke Penang dalam sejam lebih jugaklah perjalanan. Alhamdulillah, selamat sakit pinggang.

beratur panjang nak masuk funicular railway



menyempat gambar Jambatan Pulau Pinang E36 yang dibuka pada tahun 1985 merentasi Selat Selatan untuk tatapan anak cucu

Tiba sahaja di Penang, kami terus meluncur laju ke destinasi pertama iaitu Bukit Bendera sebab tak sabar nak naik funicular railway. Walaupun mengantuk tetap semangat anak muda! Semangat sangat sampai disaman RM75 sebab parking tempat takda line huhuhu. Tak pasal-pasal termasuk dalam bajet trip 💀 Nak beli tiket masuk tu kejap je, tapi yang nak tunggu turn untuk masuk train tu beratur mat. Hampir rebah diriku di tempat kejadian tapi masih boleh digagahkan kerana ada penguat semangat di belakang, hihi. Tiket RM12 je untuk dewasa, murah kan? Dekat atas tu macam-macam kemudahan ada, ada je kedai makan, suasana nyaman, memang terjaga rapi. Naik atas tu jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak atau record video tau, rugi kalau tak capture the moment.

Selesai destinasi pertama, kami bercadang untuk makan sebab perut betul-betul lapar dah waktu tu. Kami makan dekat restoran nasi kandar Deen Maju yang terletak di Jalan Gudwara, Georgetown. Orang kata rugi kalau datang Penang tak rasa nasi kandaq sebab ini menu yang paling terkenal di Pulau Pinang. Aku tak seberapa gemar makan nasi kandar tapi kita try je sebab perut gila-gila lapar waktu tu. Sampai dekat Deen Maju tu, haaaa sudah, beratur ya, takdanya beauty privilege ke apa handsome privilige ke kau beraturlah panjang semata-mata nasi kandaq. Aku dengan laparnya, mengantuk, dan panas terik waktu tu rasa nak makan je kerusi meja. Boleh tahu terkenal ya restoran ni kalau tak, takdanya orang rajin sangat nak beratur. Peringatan mesra, kalau nak ambil lauk sotong, sila sediakan duit lebih sikit ya. Kalau nak diingat rasa nasi kandar tu macam mana, aku bagi rate 7/10 la untuk bukan penggemar nasi kandaq seperti diriku 😀

selamat beratur anak-anak

Ingatkan lepas makan tu, aku nak rasa cendol Penang sebab memang teringin. Tapi member kite tak larat dah nak jalan, semua dah low battery. Nak rehat untuk plan malam tu pula. Kan aku dah kata, kita hanya mampu merancang. Beriya je tentatif tu macam nak capai KPI. Kitorang booked Airbnb je senang, ada 2 bilik dan 1 bilik air. Dapur dia sekalikan dengan ruang tamu. Okay la, selesa la jugak sejuk sebab ada aircond 👍🏻 kemudahan seperi mesin basuh, Wifi, TV, etc semua ada disediakan jangan risau. Paling penting view dia cantik!! Tak menghadap laut tapi toleh kiri haaa laut la kau nampak. Takda gambar, tak sempat nak tangkap. Amount paid untuk Airbnb ni RM243.75 dapat la RM40.60 sorang. Berbaloi jugak kalau duduk ramai-ramai. Ni mudah je kalau nak cari Airbnb murah, kena rajin buat research cari dekat apps. Lagi lama researchnya, lagi la dapat yang murah dan berpatutan. Jadi, jangan lupa menjadi bijak! Jangan lupa tengok review sebelum purchase, dapat yang berhantu kite taktauuu.

🌙 at night:

Malam tu kami jalan-jalan lagi you. Jalan malam memang best sebab tak panas make up pun on point je. Kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Armenian Street, Penang. Dekat sini macam-macam ada, tapi tak sempat nak explore semua sebab malam kan. Tak banyak kedai buka waktu malam kalau kedai dekat tepi-tepi tu, kecuali kalau perginya siang. Aku ni memang tak dapat nak agak tempat kalau malam, sebab gelap dan aku hanya melihat ruangan tu dari sudut yang kecil seperti hatiku yang sempit sebab dipenuhi cinta kekasihku aiseh. Boleh sesat kalau tak peka so sila la berteman dengan yang pakar lagi arif ya. Malam tu kitorang dinner dekat restoran nasi Arab, tak ingat nama tempat. Dekat Restoran Kapitan (Chulia Street) kot aku pakat main hentam je ni lantak la yang penting bersebelahan dengan bangunan Seong Giap Co. Sedap jugak tapi tak larat nak habiskan sebab masih kenyang waktu tu. Aku makan Chicken Briyani Claypot ni only for RM12.20. Nampak sikit dalam gambar tapi portion dia banyak.

Chicken Briyani Claypot

Dengan perut yang penuh, kitorang pun decide nak buat apa. Akhirnya, semua setuju nak main electric scooter pusing-pusing area situ je tapi adalah abang tu kata tak boleh jauh sangat. Kalau aku yang bawa tu mahu terlanjur balik ke rumah, main jalan je tak tengok kiri kanan ataupun jalan tempat yang berulang-ulang. Kitonyo lemah bab navigation. Best jugak main tapi kena hati-hati sebab banyak kereta lalu-lalang. Sentiasa la tekan signal scooter tu ya walaupun bunyinya mengerikan. Sewa scooter ni RM20 untuk 1 jam. Main la puas-puas pusing area situ sampai habis masa. Jangan lupa tangkap gambar jugak, rugi kalau tak bawa balik kenangan. Kenangan manis macam ni mungkin tak dapat diulang, kalau diulang pun tak akan sama seperti sebelumnya. Lepas ni kau kayuh je la basikal pusat sukan UUM tu.



Lepas habis main scooter semua memang dah weak sangat-sangat kita cauuu balik rumah. Enjoy sangat mainnya, sampai tak sedar waktu bergerak pantas. Waktu nak hantar kembali scooter tu dapat aiskrim free dari tauke kedai, happy ya dapat makanan free dasar rakyat marhaen. Apa-apa pun kita enjoy! Okay, sekian. Itu sahaja untuk hari pertama. Kita sambung untuk hari kedua di entri seterusnya pula. See yah! 🫡
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kali ni aku cerita pulak macam mana kisahnya aku berjaya dapat JPA PIDN. Apa PIDN ni sebenarnya? PIDN ni Program Ijazah dalam Negara under program JPA. Dahulu, PIDN ni full scholarship tapi sekarang dah ditukar kepada penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah. Walaupun dah ditukar bentuk penajaannya, masih lagi ramai mahasiswa/i yang merebut peluang untuk mendapatkan tajaan dalam bentuk PBU ni. Ya la, selain daripada amount yang diberi agak lumayan dan boleh menampung kos sara hidup pelajar, PIDN ni pun banyak jugak pros and cons nya. Tapi, masih ada jugak pelajar yang bertanya apa PIDN ni? Ada yang kata diorang tak pernah dengar pun. Aku rasa mungkin sebab nama PIDN ni dekat depan adalah 'program' 😂 ni mesti orang sangka course or pilihan program dalam universiti. Bukan anak-anak. Ini adalah pinjaman boleh ubah kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah. Dia macam PTPTN la, tapi bukan totally 100% like PTPTN. Sebab tu, ramai yang berlumba-lumba untuk grab PIDN ni 🤫 aku punya mukadimah serupa agent PIDN pulak sekarang ni ya promote bagai. 

Waktu aku isi PIDN ni semangat aku membara-bara walaupun aku sedar, aku tidak layak terima PIDN ini ya. Tapi aku berjaya melawan fikiran negatif yang menimpaku dikala itu. Aku pulak jenis yang suka sangat mencuba tanpa berharap like aku suka isi main-main ja 😂 dapat tak dapat, belakang cerita. selepas buat permohonan dalam bulan Mac 2021 hari tu, tunggu punya tunggu, akhirnya keputusan pun keluar pada 30 Jun 2021. Waktu nak isi tu, banyak-banyakkan berdoa la ya, tapi jangan letak harapan yang tinggi sangat. Kalau dah namanya rezeki, tidak akan ke mana. Bukan jodoh sahaja tau 😙 

Dalam masa yang sama, aku pun buat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) sebab aku saja nak mohon. Cuba-cuba nasib gitu. Jadi ada dua keputusan la yang aku nanti kan which is PIDN dan BKNS. Memandangkan BKNS ni fully funded scholarship, so aku tak ambil pusing sangat. Aku more to excited dengan PIDN ni tak tahu kenapa. Bila aku check ja result PIDN tu dan aku berjaya, aku sampai jadi lupa yang aku ada lagi satu permohonan untuk dinantikan. Nak dipendekkan cerita, waktu aku dapat PIDN ni aku dah start busy dah dengan urusan seri paduka baginda dia. Gila banyak sangat nak settle kan, so please take note ya kepada bakal-bakal pemegang PIDN. Korang kena alert tau dokumen apa yang dia minta. Sebab compare to BKNS, PIDN ni sangat berbeza. Permohonan PIDN hanya fokus kepada isi data/maklumat sahaja dahulu. Dia tak ada minta dokumen-dokumen penting. Bila dah berjaya dapat, baru la PIDN akan minta semua dokumen penting tu. Jadi waktu ni, korang kena betul-betul teliti tengok mana dokumen yang tak upload lagi. 

PIDN tersangat la complicated bukan dari segi management, tapi yang korang hantar-hantar dokumen tu la. Tapi rasanya hari tu, kami tak perlu print out pun. Hanya upload dokumen dan hantar kepada pihak pengurusan sahaja. InshaAllah, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, kan? Kalau nak dicerita tentang manfaat PIDN ni mungkin terlalu banyak, tapi senang nak kata, bagi aku mungkin ini jauh lebih baik jika nak dibandingkan kepada PTPTN. PTPTN pun ada kebaikannya jugak which is kita boleh membuat permohonan untuk pengecualian bayaran balik PTPTN sekiranya melepasi Ijazah kelas pertama dari IPT masing-masing. Dan yang paling best, pengecualian ini akan diberikan kepada pelajar yang dikategorikan dalam golongan B40 dan M40. Itu pun kita kena mohon jugak dan kalau berjaya permohonan tu, kita akan dapat surat daripada PTPTN yang kita telah berjaya. 

Berbalik kepada PIDN, bayaran balik untuk PIDN adalah seperti di bawah: 


Kalau kita berkhidmat dalam perkhidmatan awam, pinjaman ni akan berubah menjadi biasiswa. Kalau berkhidmat kat GLC kita hanya bayar balik 25% daripada jumlah yang kita terima. 50% tu kalau kita berkhidmat dekat syarikat-syarikat swasta dalam negara, ini termasuk bila kita bekerja sendiri. Kalau nak bayar full balik, pergi la kerja dekat oversea 😂 Ini la syarat-syarat utama bayaran balik PIDN. 

Walau bagaimanapun, selepas sahaja seminggu lebih perkiraan aku dari pengumuman keputusan PIDN tu, aku terlupa yang result BKNS pun telah keluar. Aku hairan kenapa group telegram BKNS tu penuh macam ada kenduri-kendara, rupanya orang tengah sibuk dengan keputusan BKNS yang dah pun diumumkan. Lewat 2 hari aku check keputusan tu, aku pun check la. Bila check, eh dapat 🥺 Tak sangka sebenarnya. Aku dah la semangat settle kan PIDN ni, waktu tu aku tinggal nak hantar dokumen persetujuan ja dengan tanda tangan saksi. Bila dah dapat BKNS ni aku terpaksa lepaskan PIDN, dan tak hantar pun dokumen saksi tu, dah email PIDN apa semua, diorang kata tak perlu hantar la so itu dikira aku tak bersetuju/terima. Dan dengan itu, berakhir la kisah ku bersama PIDN. Tak dapat merasai 5600++ PIDN, Allahu duniawi 😔

Sebenarnya banyak lagi nak cerita tentang PIDN ni tapi jenuh la nak taip satu-satu. Korang boleh ja tanya kalau ada soalan-soalan atau kemusykilan. Memandangkan urusan PIDN ni aku dah buat sampai kemuncaknya, cuma pengkreditan duit tu ja la yang aku tak dapat. Nasib baik aku jujur dan baik orangnya, ehem 😂 tapi still, aku masih boleh menjawab soalan-soalan tentang PIDN korang, inshaAllah. Kalau nak tanya soalan, boleh email or dm dekat Twitter atau Instagram. Apa-apa yang aku tahu, aku boleh la jawab dan bantu sikit-sikit. Termasuk la kepada sesiapa yang ingin membuat rayuan PIDN, inshaAllah saya akan cuba membantu.

Sekian, semoga bertemu lagi. Thank you! 




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan ini, aku kembali lagi ke blog yang telah sekian lama usang. Hari tu beriya nak review semua produk yang aku pakai tapi kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Di samping aku menghabiskan cuti semester dengan menonton kdrama yang buat aku sampai tak tidur malam, aku bercadang untuk update blog ini. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Mungkin sekarang akan diusahakan untuk update semula memandangkan sekarang cuti semester 3. Mungkin. 

You guys mesti dah tahu or pernah dengar pasal Bougas Beauty ni kan? Aku start guna BB ni tahun 2020. Tak sure la hujung tahun 2020 atau awal tahun 2021. Yang pastinya aku dah repeat 2x dah. Beli dengan stokis area daerah aku. Korang boleh beli dengan trusted seller yang berdekatan dengan area rumah ataupun beli ja kat shopee senang. Buat pertama kali percubaan, aku beli travel size jimat sikit lagi pula aku memang jenis suka try and error dan nak try ja takut tak really works well on my skin. Selepas beberapa bulan penggunaan dalam 3 bulan macam tu, baru aku rasa product ni tolerance dengan skin aku dan terus beli yang actual size punya. 




Ni travel size, + scrub. Sorry sebab aku dah buang bottle dia. 


Hari tu first launch travel kit ni, so it comes with a cute pouch bag as a free gift!

Okay actually, advanced serum ni kita tak perlu pun nak letak banyak-banyak macam dalam iklan tu. Just titiskan dekat tangan pun dah cukup. Tak perlu calit-calit atau sentuhkan dropper tu dekat muka sebab risau tak bersih. Sama macam kita celup jari dekat skincare. So, basically serum ni tak wajib pun nak guna, ni pun sebagai tambahan nak more focus with our skin concern, selepas basic skincare routine kita dah strong. What I mean basic skincare routine tu adalah cleanser, moisturizer and sunscreen. Kalau basic ni belum kukuh, i think it is better to focus on your basic routine dulu.

Size: 20mL
Price: RM75

Where to get: Boleh beli dari Shopee ja senang bagi sesiapa yang gemar shopping dekat shopee. Boleh tekan link ni untuk beli ⬇️
https://shope.ee/AJyQK0YDBo

tapi kalau nak cepat or urgent nak guna beli la dekat trusted agent/stokis area rumah korang.


Ingredients
Aqua, Arbutin, Citric Acid, Sodium Sulfite, Acetyl Tyrosine, Saxifraga Sarmentosa Extract, Aminopropyl Ascorbyl Phosphate, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Glutathione, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Prunus Yedoensis Leaf Extract, Hyaluronic Acid, Carbomer, PEG-60 Almond Glycerides, Caprylyl Glycol, Nordihydroguaiaretic Acid, Oleanolic Acid (Olea Europaea (Olive) Leaves), Triethylene Glycol, Phenoxyethanol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Paeonia Suffruticosa Root Extract, Fragrance.


Ingredient Analysis

Scutellaria Baicalensis Root Extract
Perubatan herba tradisional Cina yang sarat dengan flavonoid anti-oksidan dan anti-radang yang kuat seperti baicalin, baicalein dan wogonin. Skullcap Root ni termasuk dalam ciri anti-mikrob dan anti-kulat which is good for brightening skin.

Aloe Barbadensis Leaf Extract
Diekstrak daripada jus yang mengandungi daun tumbuhan Aloe vera yang mempunyai sifat pelembab dan anti-radang yang serupa dengan jus itu sendiri.


Colour/Texture
Serum ni tak ada warna, very clear and transparent. Aku sangat suka dengan jenis water based serum macam ni. Tekstur dia air tapi jenis tak mengalir, boleh jadi macam gel juga la tapi tak pekat sangat. Sangat mudah absorb dekat kulit kita. Selesa bila pakai sebab tak sticky. Kalau tak percaya, cuba try test! 


The Scent
Seperti mana yang tertulis dekat ingredients, BB ni ada bau lavender tapi tak kuat sangat which is bau dia calming la gitu, bau lembut tak mencucuk. Tapi bau dia tu kejap ja sebab lepas absorb dekat muka tu terus takda bau dah. 


How I feel? 
For my experience, aku suka serum ni sebab dia tak sticky cepat absorb dekat kulit. Disebabkan kulit aku kering dan sememangnya aku suka guna moisturizer yang sticky terpaling sticky, aku rasa serum ni dah cukup baik untuk aku sebab it is non sticky. So, tak bertambah-tambah lekit la aku rasa. Aku rasa serum ni menampakkan hasil selepas 3 bulan penggunaan, kulit aku nampak bersih, bila sentuh tak ada tiny bumps, and dia buat kulit aku jadi tak kusam. Rasa kulit tu sihat ja bila pakai tapi kena konsisten la sebab tak adanya produk yang sehari guna dah berkesan. 


Repurchase?
Bagi aku, buat masa ni tak. Walau pun i think its really works on ma skin, tapi macam nak survey serum baru yang lebih affordable and worth for buying. Sebagai student marhaen seperti ku, alangkah baiknya jika aku berjimat duit biasiswa itu dengan benda-benda yang mampu ku beli at least per month or 3 months. (student yang tersakiti)

Sekian, itu sahaja. Semoga bertemu lagi di next review.

Thanks for reading! 






ABOUT ME


Siti Wan Nur Atirah Binti Ramlee // 2000 // Sabah, Malaysia
Currently studying at Universiti Utara Malaysia, Sintok, Bachelor of Communication with Honours.
I love to sing but not really that good in public, I prefer to read some books & write whatever comes out of my mind. I'm really really really a passionate storyteller. 

Blog includes tips, studies, lifestyles, reviews, randomly sharing for a good vibes/motivations & experiences along my journey. 

I might not that good at everything I do, but I hope all of my readers may gain some benefits & learn something from this blog. 

Email: swnratrh35@gmail.com

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bertemu lagi kita dalam entry yang menjadi topik hangat pada musim PKP ini. Sekian lama juga la aku tak update blog ni kan (lama betul ka? hahahaha) yalah, sebab busy uruskan hal-hal pendaftaran Universiti hari tu. So, aku memang sengaja kumpul cerita dulu. Sebelum itu, entry kali ni sangat berkait rapat dengan keadaan semasa. Kes pada hari ini, 5 Oktober 2020 bersamaan hari Isnin adalah sebanyak 432 kes. Kes tertinggi dari negeri Kedah, diikuti bilangan kes kedua tertinggi dari negeri Sabah. Setiap hari Sabah dan Kedah ni seperti berlumba-lumba. 

Selepas sahaja selesai musim PRN hari tu, aku siap-siap dah nak masuk Uni. Pendaftaran fizikal UUM kena pada tarikh 5&6 Oktober 2020. Excited tu, excited la jugak. Feeling masuk U ni adalah impian sesetengah orang sejak kecil lagi kan, termasuklah aku. Berakhir sahaja minggu pendaftaran online, alhamdulillah lega rasanya. Sibuknya tu tak payah cakap la, nak tercabut tulang-temulang kaki aku berjalan kaki minta cop pengesahan. Print dokumen-dokumen nak minta cop pengesahan dan upload ke sistem pendaftaran online. Minggu tu serius duarius, tersangat-sangat la busy nyah. Dengan rushing nak urus zakat lagi, nak tempah tiket flight, jumpa pengetua/guru kanan untuk minta cop pengesahan, tunggu tawaran WPP dan keluarkan duit, beli peralatan yang perlu dan banyak benda lagi la nak urus. Urusan aku jadi lebih complicated sebab tempat tinggal aku kawasan luar bandar. Jadi bila semua dah selesai, aku kembali la ke kampung halamanku yang terchienta ini sebab nak kemas barang-barang yang perlu dibawa ke UUM. Memandangkan tarikh pendaftaran fizikal aku kena pada tarikh 5 Oktober, so aku fly pada 3 Oktober 2020. Plan asalnya nak tumpang sekejap dekat rumah cousin aku. Tapi itu la, tanpa segan silu Covid ni saja je nak twist semua plan aku pada tahun 2020 ni. Aku tak jadi fly sebab jumlah kes mendadak naik pada hari itu. Tiket aku, tak burn. Tapi masih belum ada khabar berita sebab AirAsia maklumkan tempoh bayaran balik tu akan memakan masa selama 10 hari ikut pada waktu bekerja. 

Harap-harap adalah duit tiket tu masuk dalam credit account nanti. kalau tak, mana nak cari balik RM254 tu. Banyakkkkkk tu 😂 Al-kisahnya, beberapa hari sebelum aku nak fly, 1 Oktober tu, seperti biasanya mesti la busy packing barangkan. Excited lain macam chuolls berkobar-kobar rasa wah tak sabarnya jejakkan kaki di bumi Sintokyo. Masa tu aku betul-betul rasa yang 3 Oktober nanti aku akan tiba ke KLIA2. Tapi perancangan Tuhan, lagi terbaik dari apa yang kita rencanakan. Pada petang 1 Oktober tu, tiba-tiba keluar notis larangan rentas daerah akan dikuatkuasakan pada jam 12 tengah malam nanti. Guys, aku fly 3 Oktober. Kalau tak dapat rentas daerah, macam mana nak lepas 3 Oktober nanti kan. Mungkin lepas, tapi tak sempat la. Bila kawalan tu dijalankan, mesti akan jammed punya. So, bapa aku putuskan untuk hantar aku lebih awal ke Sandakan. Percaya atau tidakkkk, malam tu juga aku dihantar ke Sandakan walaupun penerbangan aku pada 3 Oktober. 


Walau bagaimanapun, malam sebelum tarikh penerbangan pada 2 Oktober, tiba-tiba keadaan berubah. Plot twist sangat ni 😂 Dengan secara tiba-tiba untuk ke sekian kalinya lagi, malam tu, aku decide untuk refund tiket penerbangan. Sebabnya? Sebab kes pada hari tu, mendadak naik 287 kes positif dan Sabah pun taknak kalah la naik 113 kes paling tertinggi. Masa tu rasa seperti ada batu besar menghempap kepala ini. Rasa give up, buntu, speechless. Parents pun mesti la risaukan keselamatan anak-anak kan. Jadi, malam tu dalam keadaan tegang semua plan perjalanan dibatalkan. Selepas beberapa minit berlalu baru la aku rasa tenang sikit dan boleh berfikir secara waras terima semua kenyataan ni dengan hati yang terbuka. Masa tu Allah saja yang tahu terlalu banyak perkara yang difikirkan. 

Begitu la ceritanya, detik-detik yang penuh dengan tiba-tiba 😂 banyak urusan yang tergendala dan terlalu banyak negativiti untuk beberapa hari ini. Pihak Universiti dan KPT pun dah banyak kali keluarkan kenyataan rasmi. Awal-awal kata datang secara fizikal, lepas tu datang pada tarikh sekian-sekian, ditunda ke bulan Disember pula, dan macam-macam lagi la. Nasib baik UUM masa tu ambil langkah awal tak bagi student dia masuk dan hanya meneruskan semuanya melalui online sahaja. Tak perlu datang UUM secara fizikal. Akhirnya, tarikh kemasukan kami pelajar baharu pada 23 & 24 Oktober pun ditangguhkan dan orientasi dalam talian pada 7 & 8 Oktober berjalan seperti biasa. Tak pernah-pernah dalam sejarah hidup aku orientasi online ni. Masa ni, nampak sangat memang ramai rakyat Malaysia yang nak hulurkan bantuan terutamanya kepada student yang terjejas dan terkandas di mana-mana tempat disebabkan oleh perubahan arahan di saat-saat akhir. Semoga setiap jasa baik setiap masyarakat yang ringan tangan menghulurkan bantuan dibalas dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. 

Ini la norma baharu yang perlu dihadapi oleh pelajar-pelajar tidak kira dari peringkat awal pendidikan, peringkat menengah mahupun pendidikan tinggi. Kelas online pula pada 11 Oktober, tapi aku rasa untuk fasa awal ni tak busy sangat. Sebab minggu add/drop akan berlangsung. Semoga pelajar-pelajar baru yang baru nak belajar dan memahami sistem universiti, boleh catch up. Semoga yang tertekan dalam online learning, terus kuat. Yang diuji dengan krisis kewangan, semoga dimurahkan rezeki. Yang rasa dirinya mengalami mental breakdown, terus la bersemangat lagi. Ada kata-kata yang aku pernah dengar. Hidup ni, bukan perlumbaan. Tapi, satu perjuangan. Dan dalam perjuangan memang akan ada tekanan. Kita semua perlukan tekanan tu untuk dijadikan sebagai satu titik penolak. Kalau tak ada tekanan tu, kita akan terus menerus berada dalam comfort zone kita. Semua tu, adalah pilihan dan bergantung atas diri kita sendiri sama ada kita nak jadikan tekanan tu satu perkara yang positif, ataupun negatif? Terpulang.

Sekian, untuk hari ini. 

#SISWAJAGASISWA



P/s: Updated!! Alhamdulillah tak sampai 10 hari pun dah ada dikreditkan masuk dalam akaun AirAsia. Tak rugi pening kepala buat refund, aku pun tak tahu la AirAsia tu accept ka tak tahu-tahu dapat email pemberitahuan aku apa lagi cepat-cepat pergi check credit account tu 😂 fyi, duit tu tak boleh withdraw sebab masuk dekat credit account tak pasti kalau boleh terus masuk bank account atau tak. Tapi aku lagi suka macam ni biar duit tu stay diam-diam dalam tu. Lagi pun jangan risau, AirAsia akan state kan sekali tarikh valid sampai tahun bila. 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hello!! Sebelum ni aku ada kata aku akan share tips untuk isi UPU kan. Takda la tips sangat. Saja nak kongsi apa yang patut kita buat bila nak isi UPU tu. Mana la tahu kan, ada adik-adik yang nak tahu pengalaman dari lepasan tahun-tahun sebelum. Kalau tak, takda la korang tersesat dekat sini. Oh, lupa bagitahu. Entry ni akan jadi panjang sikit ya dan memang 100% based on my experiences. Semoga bermanfaat dan jangan stress baca.
 
1. Explore
Benda pertama yang korang patut buat adalah explore. Explore semua tentang universiti dan course yang korang minat tu dengan lebih mendalam. Nilai la kebaikan dan keburukannya. Masa aku isi UPU aku explore setiap universiti, course, struktur yuran, fasiliti, jarak dia dari pusat kemudahan dan macam-macam lagi la. Perkara biasa bila masa tu google history korang penuh dengan segala hal pasal universiti sebab sikap ingin tahu korang jadi lebih tinggi. Waktu isi UPU step pertama yang aku buat, tengok course dulu. Lepas tu bila dah list kan pelbagai pilihan course yang aku minat dan cukup syarat, baru la aku tengok dekat universiti mana. Bila dah list kan course tu, apa lagi? Aku akan saring semula mana yang paling terbaik dan aku rasa paling sesuai dengan result aku, kiranya aku mula short-list kan la setiap course yang aku pilih tu. Hasilnya, jadi la sedikit dan lebih senang untuk aku arrange dari pilihan no. 1 hingga pilihan no. 12. Di setiap universiti tu mesti ada kursus-kursus yang korang minat kan, list kan saja semuanya (contoh: UNIMAS, UM, UUM, UITM ada tawarkan kursus kaunseling so korang list down kan saja dan buat la perbandingan).

Sebagai tambahan, kenapa aku letak UUM dalam senarai pilihan universiti aku dulu sebab aku tertarik dengan kemudahan yang disediakan. Salah satunya sebab UUM bagi student dia tinggal dekat Inasis (Inapan Siswa) dari la awal semester sehingga graduated. Sama macam IIUM la, tapi aku tak lepas syarat masuk sana lols. Nak tahu lagi? Sebab UUM okay la jauh dari kesibukan kota, kenapa? Kalau nak tahu, isi UUM. Haha takda la. Aku berminat sebab UUM ni dikelilingi hutan dan waktu tu aku imagine ja ketenangan dia just nice la kan ngam dengan taste aku. Tapi jangan risau sebab Pekan Changlun tu tak jauh juga dari uni kalau nak pergi cari barang keperluan dan tak payah jauh-jauh pun dalam UUM ada Varsity Mall lengkap ja basic needs dekat situ. Ada banyak lagi sebab kenapa aku pilih UUM kalau nak taip semuanya jenuh nyah nanti korang buat la research sendiri ya sebab uni lain banyak lagi yang okay, semua uni pun memang ada pros and cons dia so ikut cita-rasa korang la. Jadi selepas menilai dari pelbagai segi tanpa malu-malu aku terus masukkan UUM dalam list aku. Macam ni cara yang aku guna bila aku buntu nak pilih mana satu. Buat korang yang lagi pusing-pusing pokok malberi tu try ikut step ni untuk memudahkan korang membuat pilihan sebab kalau tak explore dengan teliti dan menilai dengan betul akhirnya akan mula timbul rasa tidak puas hati dengan pilihan tu nanti. 

2. Rujuk Guru
Seperti mana yang aku dah ceritakan dalam Part 1, aku berjumpa dengan guru untuk meminta nasihat. Mana-mana guru pun okay kalau ada guru yang sudi bagi korang nasihat dan tunjuk ajar tapi lagi sesuai guru kaunseling la. Mana la tahu guru subjek korang tu busy mengajar kelas kan. Masa aku jumpa cikgu kaunseling, cikgu ada tanya aku minat apa, nak jadi apa, dan macam-macam lagi la aku dah lupa sikit sebab dah lama kan. Dengar punya dengar nasihat dan penjelasan cikgu, sampai la akhirnya aku terfikir nak isi course tu. Kalau korang jumpa cikgu korang, sediakan la soalan siap-siap jangan masa tu baru nak fikir nak tanya soalan apa sebab mesti akan ramai lagi student nak jumpa cikgu. Taknak la kita buang masa nanti sampai masa orang lain pun terbuang begitu sahaja.

Alhamdulillah, berkat dari nasihat dan tips dari Cikgu Siti Salehah, saya mendapat tempat di universiti. Sila la berjumpa dengan guru kaunseling sekolah ya? Jangan selamba badak ja isi ikut suka hati kalau tak tahu takut tersilap isi nanti tu yang susah. Nak isi benda alah ni, nampak senang tau. Tapi bila kau dah duduk depan laptop nak isi semua tu, masa tu fikiran kau akan berkecamuk 😂 kadang-kadang ada orang result baik pun boleh jadi tak dapat tempat sebab tersilap langkah. Bukannya sebab diri tu tak layak tapi sebab tersilap isi. Minta berhati-hati ya bila isi nanti. 

3. Isi yang Kita Betul-betul Nak
Ni maksud dia isi la course yang korang semua betul-betul minat. Amaran keras!!! Jangan sesekali ikut kawan. Tapi kalau dah kawan tu memang nak pilih yang tu juga korang tak payah la emo sangat. Korang yang patut tanya diri sendiri. Keputusan tu lahir dari hati kita atau nak ikut orang lain. Jangan macam tu ya. Masa ni la kita kena belajar berdikari, berani buat keputusan untuk diri sendiri dan rangka sendiri apa yang kita nak jadi pada masa hadapan. Kenali diri dan kemampuan kita dan fikir-fikirkan la sampai dapat pilihan yang kita betul-betul mahukan. Kenapa perlu buat macam ni? Jadi nanti tak ada la kita terfikir nak tolak tawaran, pergi tapi tak puas hati, belajar jadi tak ikhlas, nak tukar kos, taknak sambung belajar. Nanti bila ditanya, kalau taknak, kenapa kamu pilih course ni? Jawapannya, sebab dah tak ada pilihan jadi saya isi ja ikut suka hati. Dan akhirnya, menolak tawaran. Dah la isi yang tak minat satu hal, kena pulak pilihan yang ke 12. Nasib tak nasib? Yang sepatutnya kena bersyukur, terus jadi tak bersyukur.

So, perkara sebegini la yang kita nak elak. Kalau dah terlanjur takpa. Tapi kalau kita boleh elak, kita elakkan. Jadi apa yang perlu korang buat? Dari pilihan 1-12, sila isi course yang korang betul-betul minat, suka, layak, mampu. Jadi bila keputusan dah keluar nanti korang tak akan gelisah sangat dapat tak dapat belakang cerita, kalau dapat alhamdulillah dan tak perlu risau dapat pilihan nombor ke berapa sekalipun sebab semuanya pun korang suka. Jelas? Ingat pesan ni jangan sesekali isi ikut kawan padahal kita dah tahu di mana tahap kemampuan kita. Tapi kalau cukup syarat, memang ada minat dan rasa-rasa mampu, nak isi sama-sama takda masalah. Nasihat aku, ukurlah baju di badan sendiri. 

4. Bincang dengan parents
Ini pun salah satu tips jugak. Apa-apa saja keputusan yang kita buat, jangan pernah lupakan parents kepada yang masih ada kedua-duanya. Cuba berbincang dengan parents dulu. Kalau soalan cepumas keluar seperti apa laluan kerjaya dalam bidang itu? Haaa direct bagitahu apa matlamat dan cita-cita kita. Jelaskan dengan baik tau. Sebabnya nanti bila dah keluar result UPU tu tak ada la terfikir nak tolak tawaran sebab parents tak kasi, parents tak bagi dorongan, parents taknak kita jadi itu ini.

Yang ni aku faham ja tak semua orang dapat rasa situasi macam ni tapi at least bagitahu apa pilihan korang okay! Aku pasti mesti ada parents yang taknak kita jadi apa yang kita mahu sebab parents memang sentiasa nak kan yang terbaik untuk anak-anak dan tak semua ibubapa ni tahu perkembangan industri di negara kita. Selalunya mak ayah akan suruh kita jadi cikgu, jururawat, polis, bomba, doktor, dan banyak lagi. Lagi-lagi bila mak ayah tak pernah dengar course tu sebab kadang-kadang ada kursus baru yang pelik sikit nama dia so memang akan jadi sangat asing la. Masa ni la kita kena mainkan peranan untuk fahamkan parents kita dengan baik.

Okay ni la antara tips versi aku. Aku tak ingat lagi dah yang lain. Yang penting kena hati-hati dan jangan sampai tersilap langkah. Jangan ambil ringan pasal ni kalau korang betul-betul nak sambung pengajian. All the best! 


Older Posts
Powered by Blogger.

Search This Blog

THE AUTHOR



Atirah // Bach. of Communication (Hons.) // Universiti Utara Malaysia 

I might not that good at everything I do, but I hope all of my readers may gain some benefits & learn something from this blog. 

email: swnratrh35@gmail.com



 

Blog Archive

  • ▼  2025 (1)
    • ▼  February (1)
      • Cleaning Service at Johor Bahru
  • ►  2023 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2022 (2)
    • ►  August (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2020 (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)

CONNECT WITH ME

Main Tags

  • Beauty
  • Bougas Beauty
  • UPU

Created with by beautytemplates