Kisah Aku & UPU: Road to Degree (Part 1)

by - September 20, 2020

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Hari Isnin, semua. Nampak tajuk aku hari ni? Hari ni kita cerita tentang UPU. Semua pasal UPU ya anak-anak. Jadi bila cerita tentang UPU, panjang la kan entry nya? Harap bertabah 😂 Kalau nak isi UPU kita mesti beli pin UPU di mana-mana cawangan BSN yang terdekat dulu. RM15.90 harganya tak silap. Tambahan untuk semua, isi la details tentang diri kita, ibubapa, akademik, dan segala maklumat yang berkaitan tu sebelum tarikh pemilihan kursus. Boleh ja update awal-awal selepas kita dah register guna pin tu. Kenapa kena lengkapkan maklumat diri awal-awal? Supaya nanti bila kita nak pilih kursus, kita tak payah dah isi maklumat-maklumat tu. Nanti just recheck ja maklumat-maklumat tu dan boleh terus fokus untuk pemilihan kursus. Lepas dah isi maklumat, terus la survey kursus-kursus apa yang anda suka, dan cukup syarat.

Masa aku isi UPU tu banyak kali juga la bertukar-tukar. Dilema habisss. Percaya la. Kita akan rasa, betul ka aku nak jadi ni? Aku layak ka? Dapat ka? Sooooo, lagi senang. Berjumpa la kepada yang lebih pakar dan arif dalam hal ini. Contoh, guru kaunseling. Masa aku isi UPU ni pun aku pergi jumpa guru kaunseling sekolah aku, Cikgu Siti Salehah. Cikgu akan tanya kita, kita lebih cenderung kepada apa, minat kerjaya kita apa, peluang kerja apa yang lebih mendapat sambutan dan banyak lagi la bergantung guru kaunseling masing-masing. Ada kursus-kursus yang baru, nama pelik, kita tak pernah dengar pun sebelum ni so kita boleh tanya guru kaunseling course tu belajar tentang apa atau apa peluang kerjaya yang akan ditawarkan. Bila kita dah tahu dan rujuk pada orang yang tepat baru la kita rasa lega dan lebih yakin untuk memilih sebab ada orang yang guide kita. Kan? Tapi tak boleh juga ikut 100% sebab cikgu hanya menjadi pembimbing, selebihnya tu kita yang kena tanya pada diri kita sendiri. 

Waktu tu bermula la kesibukan mengisi UPU. Dilema pada bulan tersebut, sangat-sangat la dilema. Gila lagi susah dari jawab kertas ujian, tak percaya? Rasa sendiri 😂 kalau tersilap, bye-bye la. Tapi jangan risau, aku bukan nak takut-takutkan ya. Tapi, masa kita isi UPU tu cuba kenali diri kita. What we need? What is our ability? Apa yang kita mahu explore dan pelajari dengan lebih mendalam, apa yang kita rasa kita mampu, dan banyak lagi sebab tertentu. Ada 12 pilihan yang kita mesti isi dan tolong tolong tolong la isi kesemuanya. Ini nasihat daripada cikgu Pengajian Am aku, Cikgu Azfar. Sila isi pilihan 1-12, jangan pilih sampai 6 saja dengan alasan dah tak ada pilihan kursus yang saya suka. Jangan. Aku ada gambar course apa yang aku pilih, tapi dah hilang dan tak dapat dijejaki. Aku cuba la ingat okay, ni antaranya: 


  1. UPSI - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling#
  2. UPSI - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak#
  3. UKM - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi)#
  4. UPSI - Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kejurulatihan)#
  5. UKM - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Geografi) 
  6. UIAM - Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Tamadun)
  7. UM - Ijazah Sarjana Muda Sosio Budaya Melayu
  8. UUM - Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian
  9. UPM - Bacelor Komunikasi dengan Kepujian
  10. UPM - Bacelor Pengurusan Sumber Manusia
  11. UNIMAS - Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
  12. UNIMAS - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Politik dan Pemerintahan)
Ni la antara pilihan aku yang buat aku tak tidur malam nak pilih mana satu 😂 take note yang ada tanda ni # tu kursus yang bertemu duga. Selalunya pilihan 1-2 ada tanda macam tu. So, bila dah fikir masak-masak dan akhirnya tiba la ke hari penutupan. Masa ni tawakal la apa lagi. Aku punya level tawakal tu sampai aku lupa aku isi apa HAHAHA. Kalau ingat pun mesti tiba-tiba fikir negatif cakap tak dapat la, tak yakin la jadi lebih baik tak payah fikir dulu. Dua hari sebelum, aku rilekkkkk juga la sebenarnya. Tapi dalam diam, air yang tenang jangan disangka tidak gelabah. Aku siap list kan lagi 4 pilihan kursus rayuan sebelum keluar result UPU tu. Mana la tahu, tak dapat kan? Kita mesti prepare. Dalam berharap nak dapat tu, buat la preparation supaya tak kecewa sangat. Tapi jangan sesekali ikut perangai aku yang tak pernah nak yakin dengan diri sendiri ni. Menghitung hari demi hari, purnama berganti purnama, waktu demi waktu. Akhirnya! jantung para lepasan STPM, kembali berdegup kencang pada tarikh keramat 18 Ogos 2020 bersamaan hari Selasa. Tepat pada pukul 12 tengah hari.. 

Sedih. Sangat sedih. 

Server down la pulak 😂 Tapi memandangkan, line aku bisa menembusi ke alam UPU tersebut. Alhamdulilah. 



(Masa aku update entry ni dulu screenshot result UPU tu ada, tapi lama-lama dia hilang dan tak available la pulak lepas tu gigih aku cari balik gambar tu tak jumpa-jumpa. So takpa la, aku update yang baru tapi yang surat tawaran terus nyah ambik)


Aku check result masa tu 12.03PM. Ggwp. Aku pun hairan kenapa tak crack bila masuk mungkin tu la function dia buka banyak link untuk setiap universiti supaya tak jammed. Perasaan waktu tu bercampur-baur. Takut tu of course la ada tapi tak takut sangat mungkin sebab aku dah ready untuk terima apa ja result yang akan keluar nanti. Sama ada sukacita atau dengan dukacitanya. Bayangkan dua perkataan yang berbeza ni, membawa maksud dan emosi yang berbeza-beza. Masa tu aku tekan link UNIMAS dulu, kenapa masuk link UNIMAS? Sebab UNIMAS pilihan yang terakhir. Apa kata aku buka yang last-last dulu kan. Rupa-rupanya, semua pun boleh check guna link tu. Pandai betul la kan kau tira.

Masa tu syukur yang tak terhingga la. Percaya tak percaya, rasa macam mimpi pun ada. Siapa tak happy kan? Tak sangka boleh dapat tempat sebab saingan nak masuk tu sengit dan alhamdulillah aku play safe pilih course yang aku minat dan mungkin tak ramai yang isi sampai la kena pilihan ke-8. Akhirnya, Tuhan maha mendengar dan maha mengetahui, Dia bagi aku peluang untuk sambung pengajian tanpa aku tahu pun apa hikmah di sebaliknya dan kebahagiaan apa yang disediakan kelak. Kuncinya, kita tak perlu cari pun di mana hikmahnya, jadi apa yang patut kita buat? Kita percaya saja apa yang ditakdirkan tu memang betul-betul terbaik untuk kita. Apa-apa pun, terima kasih UUM biarpun kau bukan pilihan pertama ku. 

Tahniah juga kepada kawan-kawan yang berjaya mendapat tempat! Semua ni ujian semata-mata dan kita juga la yang akan mencorakkannya sendiri. Kepada yang belum sampai rezeki, jangan sedih, okay? Sentiasa yakin dan percaya dengan ketentuan-Nya. Jangan putus asa. Cuba lagi untuk rayuan, second intake pun ada jangan risau. Kejayaan ni bukan terletak pada seseorang yang berjaya melanjutkan pelajaran saja tapi ianya dalam pelbagai bentuk yang unik dan bervariasi. 

Ada banyak lagi kejayaan dan nikmat yang kita tak rasa sebab definisi kejayaan bagi setiap individu tu berbeza-beza dan tersangat la luas. Mungkin ada yang berjaya dapat result gempak walaupun bukan dari ambilan yang pertama, mungkin juga cepat dapat tempat yang baik dalam pekerjaan, mungkin berjaya dapat jodoh yang baik atau mungkin ada yang berjaya memberi rezeki hasil titik peluh sendiri kepada parents lebih awal dan macam-macam lagi. Cepat atau lambat, kita semua pasti dapat merasai kejayaan. 

But perhaps you hate a thing and it's good for you; and perhaps you love a thing and it's bad for you. Allah knows, while you know not (Al-Baqarah 2:216)

Nanti kita sambung Part 2, aku cerita tentang tips isi UPU pula okay. Mesti semua nak tahu kan. See you!! 



You May Also Like

0 Post a Comment