Jenis-jenis Kulit
Kulit ni organ yang paling besarrrrr sekali dalam badan kita. Penjagaan yang rapi pada badan kita ni memang perlu untuk kita menghargai la setiap apa yang Tuhan dah kurniakan untuk kita aaaa gitchuuu. Jenis kulit kita ni boleh ditentukan oleh genetik, cuaca, hormon, ubat, diet/gaya hidup, dan produk. Kenapa kita perlu ambil tahu? Pernah dengar tak orang selalu merungut bila guna satu produk ni, kulit jadi tambah breakout? Produk tu rating dia tinggi, tapi bila kita guna ja tiba-tiba rasa ada iritasi, pedih, segala keturunan mak nenek jerawat-jerawat pun datang satu persatu. Itu la sebabnya kita kena ambil tahu supaya kita tak salah pilih produk. Produk-produk kecantikan ni, bukan magic potion yang dapat tahu semua jenis kulit kita. Tak semua produk sesuai dengan jenis-jenis kulit. Elakkan pembaziran juga antara sebab kenapa kita perlu tahu jenis kulit. Ya la, nampak orang beli, kita beli. Nampak produk tu bagus untuk kulit dia, kita pun nak sama macam kulit dia. Mana boleh macam tu. Sebab Tuhan ciptakan manusia ni unik, berbeza-beza dan tak boleh la sama semuanya. Beli skincare beratus-ratus pun kalau tak sesuai dengan jenis kulit kita, membazir la kan? Jadi bila kita dah tahu jenis kulit baru kita faham dan lebih arif dalam pencarian produk yang sesuai.
P/s: Skin types dengan skin concerns ni adalah dua perkara yang berbeza. Skin concerns merupakan masalah-masalah yang terdapat pada kulit kita seperti hiperpigmentasi, dehidrasi, berjerawat, penuaan. Manakala, jenis-jenis kulit pula adalah seperti berikut (kenapa la bah ayat kerja kursus STPM aku bawa ke sini haih. Formal berabis HAHAHA)
Jenis-jenis kulit:-
- Kulit normal
- Kulit berminyak
- Kulit kering
- Kulit kombinasi
- Kulit sensitif
Kulit Normal
Kulit normal ni tahap pengeluaran minyak dia sangat-sangat seimbang. Maksudnya penghidratan dan minyak dalam kulit normal seseorang tu seimbang la. Tapi tak semestinya juga tak perlu buat perawatan kulit okay? Selalunya orang-orang yang memiliki jenis kulit normal ni, sesuai dengan semua jenis produk. Tapi boleh juga berubah-ubah ikut keadaan hormon dan persekitaran.
- Kurang ditumbuhi jerawat
- Liang pori hampir tak kelihatan
- Solekan tahan lama
Kulit berminyak
Kulit berminyak ni boleh jadi disebabkan oleh lebihan minyak yang dihasilkan oleh sebum. Sebum ni dia macam kilang minyak. Jadi bila berminyak, mudah la kotoran, debu dan habuk melekat kan. Kulit jadi berminyak ni boleh dipengaruhi juga dari gaya pemakanan kita. Tapi, apa yang bestnya dengan kulit berminyak? Dia akan melambatkan proses penuaan terutamanya dapat menghalang kedutan timbul pada wajah. Jadi kalian yang kulit berminyak ni, memang sentiasa akan awet muda la kiranya, yey! 😂
- Tebal, pori2 terbuka
- Cenderung akan dapat masalah white head & black head
- Kulit akan nampak shining dan berminyak pada waktu tengah hari
- Jika minyak tak dikawal, mudah ditumbuhi jerawat
- Tona kulit tak sekata/kusam disebabkan lebihan sebum
Kulit Kering
Kalau kulit berminyak tadi dia mempunyai lebihan minyak yang banyak jadi bagi kulit kering ni pula pengeluaran minyak adalah sangat sikit dan kurang aktif berbanding kulit berminyak. Minyak ni sebenarnya tak membahayakan kulit pun. Boleh jadi bahaya bila terlebih atau terkurang sahaja. Kalau sis-sis memiliki jenis kulit yang kering sama seperti saya, kuatkan semangat untuk terus lakukan rutin penjagaan ya. Sebab kulit kering ni bila tak jaga dengan serius, susah dah nak dirawat balik. Sila elakkan guna cleanser yang tinggi alkali, try cari nilai pH yang rendah. Kalau boleh tak kira la skin types apa pun cari la cleanser pH rendah. Banyak manfaatnya. Nilai pH yang tinggi ni sebenarnya boleh damage skin barrier kita dan kadang-kadang boleh jadi juga tu antara salah satu penyebab kita guna apa produk pun tak berkesan. Sebab skin barrier kita dah rosak dan terganggu. But it depends, kalau kulit kita masih boleh tolerance dengan produk tu, carry on la. Lagi satu, penggunaan alkohol dan sulfat pun perlu dielakkan untuk tak buat kulit jadi tambah kering.
- Mempunyai garis halus, bintik hitam (freckles), jeragat & kulit kusam
- Kulit terasa kasar
- Mudah dapat rengsaan (gatal, pedih, luka)
- Bersisik & mengelupas
Kulit kombinasi
Kadang-kadang bila tanya dekat kawan-kawan skin types dia apa, ramai juga la yang mempunyai kulit kombinasi ni. Mungkin sebab cuaca dan iklim kita dekat Malaysia ni kan. Ya ka? Ya ya ja aku ni. Dan kulit kombinasi ni la antara kulit yang paling susah sekali untuk difahami HAHAHAHA. Kebanyakan orang akan terkeliru dalam memilih produk yang sesuai sebab diaorang perlu menangani dua isu yang berbeza. Kulit kombinasi ni mempunyai lebihan minyak pada bahagian T-zone (dahi, hidung, dagu) dan minyak yang kurang pada bahagian pipi. Bahagian pipi ni sama ada kering, atau normal selalunya. Oleh sebab itu, perlu la dijaga dengan lebih teliti. Kadang-kadang kulit kombinasi ni boleh berubah2 bergantung pada penjagaan, hormon, jenis produk atau cuaca. Sebaiknya pilih produk yang for all skin types tu jadi tak payah susah-susah fikir. Sapu ja semua 😂 sebab kalau beli produk yang berlainan, banyak kos juga nak guna. So cari la produk yang berfungsi memulihkan keseimbangan kulit okay guys.
- T-zone akan berminyak menyebabkan liang pori akan terbuka luas
- Mudah ditumbuhi white head & black head
Kulit Sensitif
Kulit sensitif ni pula kulit yang mengalami alahan atau akan lebih cepat bertindakbalas pada apa-apa sahaja yang menyentuh kulit muka. Kesian juga la dengan orang-orang yang mempunyai jenis kulit sensitif ni sebab dia sukar nak tentukan dari mana datangnya punca tu. Sama ada dari cuaca, iklim, pakaian yang kita guna atau dari produk seperti sabun, make up, losyen atau pewangi. Wangian sintetik ataupun bahan kimia yang terkandung dalam sesuatu produk tu juga boleh menyebabkan iritasi yang sangat teruk kepada orang yang memiliki kulit sensitif ni. Jadi kalau nak guna produk-produk tertentu boleh la guna yang ada label calming atau anti-inflamasi tu ya.
Sekarang dah tahu jenis kulit, baru la yakin nak cari produk yang sesuai dengan kulit kita, kan? Mari bersama-sama kita banteras pembaziran 😂 hakikatnya diri sendiri pun baru tahu jenis kulit apa setelah bertahun-tahun hidup di muka bumi. Ya, saya la orangnya yang membazir duit beli bermacam-macam jenis skincare at the same time menangis tak berlagu sebab kulit bagi respon yang mengecewakan dan lagi berlagu setelah duit tiba-tiba lesap dekat watson. Tercicir agaknya.
Dan syukur, walaupun tak la se-flawless seperti apa yang saya expect hahaha. Alhamdulillah, my skin getting better dan jerawat pun segan2 nak tumbuh. Tak macam dulu, sehari seketul jerawat. Nanti aku buat review tentang produk apa yang sesuai tu. Stay tuned!!
So guys, always listen to your skin okay? If dia kata dia taknak, jangan paksa. Bak kata Maisarah Mahmud, hydration is the key. You can do it, good luck ❤️
0 Post a Comment