Kisah Aku & UPU: Road to Degree (Part 2)

by - September 21, 2020

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hello!! Sebelum ni aku ada kata aku akan share tips untuk isi UPU kan. Takda la tips sangat. Saja nak kongsi apa yang patut kita buat bila nak isi UPU tu. Mana la tahu kan, ada adik-adik yang nak tahu pengalaman dari lepasan tahun-tahun sebelum. Kalau tak, takda la korang tersesat dekat sini. Oh, lupa bagitahu. Entry ni akan jadi panjang sikit ya dan memang 100% based on my experiences. Semoga bermanfaat dan jangan stress baca.
 
1. Explore
Benda pertama yang korang patut buat adalah explore. Explore semua tentang universiti dan course yang korang minat tu dengan lebih mendalam. Nilai la kebaikan dan keburukannya. Masa aku isi UPU aku explore setiap universiti, course, struktur yuran, fasiliti, jarak dia dari pusat kemudahan dan macam-macam lagi la. Perkara biasa bila masa tu google history korang penuh dengan segala hal pasal universiti sebab sikap ingin tahu korang jadi lebih tinggi. Waktu isi UPU step pertama yang aku buat, tengok course dulu. Lepas tu bila dah list kan pelbagai pilihan course yang aku minat dan cukup syarat, baru la aku tengok dekat universiti mana. Bila dah list kan course tu, apa lagi? Aku akan saring semula mana yang paling terbaik dan aku rasa paling sesuai dengan result aku, kiranya aku mula short-list kan la setiap course yang aku pilih tu. Hasilnya, jadi la sedikit dan lebih senang untuk aku arrange dari pilihan no. 1 hingga pilihan no. 12. Di setiap universiti tu mesti ada kursus-kursus yang korang minat kan, list kan saja semuanya (contoh: UNIMAS, UM, UUM, UITM ada tawarkan kursus kaunseling so korang list down kan saja dan buat la perbandingan).

Sebagai tambahan, kenapa aku letak UUM dalam senarai pilihan universiti aku dulu sebab aku tertarik dengan kemudahan yang disediakan. Salah satunya sebab UUM bagi student dia tinggal dekat Inasis (Inapan Siswa) dari la awal semester sehingga graduated. Sama macam IIUM la, tapi aku tak lepas syarat masuk sana lols. Nak tahu lagi? Sebab UUM okay la jauh dari kesibukan kota, kenapa? Kalau nak tahu, isi UUM. Haha takda la. Aku berminat sebab UUM ni dikelilingi hutan dan waktu tu aku imagine ja ketenangan dia just nice la kan ngam dengan taste aku. Tapi jangan risau sebab Pekan Changlun tu tak jauh juga dari uni kalau nak pergi cari barang keperluan dan tak payah jauh-jauh pun dalam UUM ada Varsity Mall lengkap ja basic needs dekat situ. Ada banyak lagi sebab kenapa aku pilih UUM kalau nak taip semuanya jenuh nyah nanti korang buat la research sendiri ya sebab uni lain banyak lagi yang okay, semua uni pun memang ada pros and cons dia so ikut cita-rasa korang la. Jadi selepas menilai dari pelbagai segi tanpa malu-malu aku terus masukkan UUM dalam list aku. Macam ni cara yang aku guna bila aku buntu nak pilih mana satu. Buat korang yang lagi pusing-pusing pokok malberi tu try ikut step ni untuk memudahkan korang membuat pilihan sebab kalau tak explore dengan teliti dan menilai dengan betul akhirnya akan mula timbul rasa tidak puas hati dengan pilihan tu nanti. 

2. Rujuk Guru
Seperti mana yang aku dah ceritakan dalam Part 1, aku berjumpa dengan guru untuk meminta nasihat. Mana-mana guru pun okay kalau ada guru yang sudi bagi korang nasihat dan tunjuk ajar tapi lagi sesuai guru kaunseling la. Mana la tahu guru subjek korang tu busy mengajar kelas kan. Masa aku jumpa cikgu kaunseling, cikgu ada tanya aku minat apa, nak jadi apa, dan macam-macam lagi la aku dah lupa sikit sebab dah lama kan. Dengar punya dengar nasihat dan penjelasan cikgu, sampai la akhirnya aku terfikir nak isi course tu. Kalau korang jumpa cikgu korang, sediakan la soalan siap-siap jangan masa tu baru nak fikir nak tanya soalan apa sebab mesti akan ramai lagi student nak jumpa cikgu. Taknak la kita buang masa nanti sampai masa orang lain pun terbuang begitu sahaja.

Alhamdulillah, berkat dari nasihat dan tips dari Cikgu Siti Salehah, saya mendapat tempat di universiti. Sila la berjumpa dengan guru kaunseling sekolah ya? Jangan selamba badak ja isi ikut suka hati kalau tak tahu takut tersilap isi nanti tu yang susah. Nak isi benda alah ni, nampak senang tau. Tapi bila kau dah duduk depan laptop nak isi semua tu, masa tu fikiran kau akan berkecamuk 😂 kadang-kadang ada orang result baik pun boleh jadi tak dapat tempat sebab tersilap langkah. Bukannya sebab diri tu tak layak tapi sebab tersilap isi. Minta berhati-hati ya bila isi nanti. 

3. Isi yang Kita Betul-betul Nak
Ni maksud dia isi la course yang korang semua betul-betul minat. Amaran keras!!! Jangan sesekali ikut kawan. Tapi kalau dah kawan tu memang nak pilih yang tu juga korang tak payah la emo sangat. Korang yang patut tanya diri sendiri. Keputusan tu lahir dari hati kita atau nak ikut orang lain. Jangan macam tu ya. Masa ni la kita kena belajar berdikari, berani buat keputusan untuk diri sendiri dan rangka sendiri apa yang kita nak jadi pada masa hadapan. Kenali diri dan kemampuan kita dan fikir-fikirkan la sampai dapat pilihan yang kita betul-betul mahukan. Kenapa perlu buat macam ni? Jadi nanti tak ada la kita terfikir nak tolak tawaran, pergi tapi tak puas hati, belajar jadi tak ikhlas, nak tukar kos, taknak sambung belajar. Nanti bila ditanya, kalau taknak, kenapa kamu pilih course ni? Jawapannya, sebab dah tak ada pilihan jadi saya isi ja ikut suka hati. Dan akhirnya, menolak tawaran. Dah la isi yang tak minat satu hal, kena pulak pilihan yang ke 12. Nasib tak nasib? Yang sepatutnya kena bersyukur, terus jadi tak bersyukur.

So, perkara sebegini la yang kita nak elak. Kalau dah terlanjur takpa. Tapi kalau kita boleh elak, kita elakkan. Jadi apa yang perlu korang buat? Dari pilihan 1-12, sila isi course yang korang betul-betul minat, suka, layak, mampu. Jadi bila keputusan dah keluar nanti korang tak akan gelisah sangat dapat tak dapat belakang cerita, kalau dapat alhamdulillah dan tak perlu risau dapat pilihan nombor ke berapa sekalipun sebab semuanya pun korang suka. Jelas? Ingat pesan ni jangan sesekali isi ikut kawan padahal kita dah tahu di mana tahap kemampuan kita. Tapi kalau cukup syarat, memang ada minat dan rasa-rasa mampu, nak isi sama-sama takda masalah. Nasihat aku, ukurlah baju di badan sendiri. 

4. Bincang dengan parents
Ini pun salah satu tips jugak. Apa-apa saja keputusan yang kita buat, jangan pernah lupakan parents kepada yang masih ada kedua-duanya. Cuba berbincang dengan parents dulu. Kalau soalan cepumas keluar seperti apa laluan kerjaya dalam bidang itu? Haaa direct bagitahu apa matlamat dan cita-cita kita. Jelaskan dengan baik tau. Sebabnya nanti bila dah keluar result UPU tu tak ada la terfikir nak tolak tawaran sebab parents tak kasi, parents tak bagi dorongan, parents taknak kita jadi itu ini.

Yang ni aku faham ja tak semua orang dapat rasa situasi macam ni tapi at least bagitahu apa pilihan korang okay! Aku pasti mesti ada parents yang taknak kita jadi apa yang kita mahu sebab parents memang sentiasa nak kan yang terbaik untuk anak-anak dan tak semua ibubapa ni tahu perkembangan industri di negara kita. Selalunya mak ayah akan suruh kita jadi cikgu, jururawat, polis, bomba, doktor, dan banyak lagi. Lagi-lagi bila mak ayah tak pernah dengar course tu sebab kadang-kadang ada kursus baru yang pelik sikit nama dia so memang akan jadi sangat asing la. Masa ni la kita kena mainkan peranan untuk fahamkan parents kita dengan baik.

Okay ni la antara tips versi aku. Aku tak ingat lagi dah yang lain. Yang penting kena hati-hati dan jangan sampai tersilap langkah. Jangan ambil ringan pasal ni kalau korang betul-betul nak sambung pengajian. All the best! 


You May Also Like

0 Post a Comment