COVID-19: Refund Tiket AirAsia
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bertemu lagi kita dalam entry yang menjadi topik hangat pada musim PKP ini. Sekian lama juga la aku tak update blog ni kan (lama betul ka? hahahaha) yalah, sebab busy uruskan hal-hal pendaftaran Universiti hari tu. So, aku memang sengaja kumpul cerita dulu. Sebelum itu, entry kali ni sangat berkait rapat dengan keadaan semasa. Kes pada hari ini, 5 Oktober 2020 bersamaan hari Isnin adalah sebanyak 432 kes. Kes tertinggi dari negeri Kedah, diikuti bilangan kes kedua tertinggi dari negeri Sabah. Setiap hari Sabah dan Kedah ni seperti berlumba-lumba.
Selepas sahaja selesai musim PRN hari tu, aku siap-siap dah nak masuk Uni. Pendaftaran fizikal UUM kena pada tarikh 5&6 Oktober 2020. Excited tu, excited la jugak. Feeling masuk U ni adalah impian sesetengah orang sejak kecil lagi kan, termasuklah aku. Berakhir sahaja minggu pendaftaran online, alhamdulillah lega rasanya. Sibuknya tu tak payah cakap la, nak tercabut tulang-temulang kaki aku berjalan kaki minta cop pengesahan. Print dokumen-dokumen nak minta cop pengesahan dan upload ke sistem pendaftaran online. Minggu tu serius duarius, tersangat-sangat la busy nyah. Dengan rushing nak urus zakat lagi, nak tempah tiket flight, jumpa pengetua/guru kanan untuk minta cop pengesahan, tunggu tawaran WPP dan keluarkan duit, beli peralatan yang perlu dan banyak benda lagi la nak urus. Urusan aku jadi lebih complicated sebab tempat tinggal aku kawasan luar bandar. Jadi bila semua dah selesai, aku kembali la ke kampung halamanku yang terchienta ini sebab nak kemas barang-barang yang perlu dibawa ke UUM. Memandangkan tarikh pendaftaran fizikal aku kena pada tarikh 5 Oktober, so aku fly pada 3 Oktober 2020. Plan asalnya nak tumpang sekejap dekat rumah cousin aku. Tapi itu la, tanpa segan silu Covid ni saja je nak twist semua plan aku pada tahun 2020 ni. Aku tak jadi fly sebab jumlah kes mendadak naik pada hari itu. Tiket aku, tak burn. Tapi masih belum ada khabar berita sebab AirAsia maklumkan tempoh bayaran balik tu akan memakan masa selama 10 hari ikut pada waktu bekerja.
Harap-harap adalah duit tiket tu masuk dalam credit account nanti. kalau tak, mana nak cari balik RM254 tu. Banyakkkkkk tu 😂 Al-kisahnya, beberapa hari sebelum aku nak fly, 1 Oktober tu, seperti biasanya mesti la busy packing barangkan. Excited lain macam chuolls berkobar-kobar rasa wah tak sabarnya jejakkan kaki di bumi Sintokyo. Masa tu aku betul-betul rasa yang 3 Oktober nanti aku akan tiba ke KLIA2. Tapi perancangan Tuhan, lagi terbaik dari apa yang kita rencanakan. Pada petang 1 Oktober tu, tiba-tiba keluar notis larangan rentas daerah akan dikuatkuasakan pada jam 12 tengah malam nanti. Guys, aku fly 3 Oktober. Kalau tak dapat rentas daerah, macam mana nak lepas 3 Oktober nanti kan. Mungkin lepas, tapi tak sempat la. Bila kawalan tu dijalankan, mesti akan jammed punya. So, bapa aku putuskan untuk hantar aku lebih awal ke Sandakan. Percaya atau tidakkkk, malam tu juga aku dihantar ke Sandakan walaupun penerbangan aku pada 3 Oktober.
Walau bagaimanapun, malam sebelum tarikh penerbangan pada 2 Oktober, tiba-tiba keadaan berubah. Plot twist sangat ni 😂 Dengan secara tiba-tiba untuk ke sekian kalinya lagi, malam tu, aku decide untuk refund tiket penerbangan. Sebabnya? Sebab kes pada hari tu, mendadak naik 287 kes positif dan Sabah pun taknak kalah la naik 113 kes paling tertinggi. Masa tu rasa seperti ada batu besar menghempap kepala ini. Rasa give up, buntu, speechless. Parents pun mesti la risaukan keselamatan anak-anak kan. Jadi, malam tu dalam keadaan tegang semua plan perjalanan dibatalkan. Selepas beberapa minit berlalu baru la aku rasa tenang sikit dan boleh berfikir secara waras terima semua kenyataan ni dengan hati yang terbuka. Masa tu Allah saja yang tahu terlalu banyak perkara yang difikirkan.
Begitu la ceritanya, detik-detik yang penuh dengan tiba-tiba 😂 banyak urusan yang tergendala dan terlalu banyak negativiti untuk beberapa hari ini. Pihak Universiti dan KPT pun dah banyak kali keluarkan kenyataan rasmi. Awal-awal kata datang secara fizikal, lepas tu datang pada tarikh sekian-sekian, ditunda ke bulan Disember pula, dan macam-macam lagi la. Nasib baik UUM masa tu ambil langkah awal tak bagi student dia masuk dan hanya meneruskan semuanya melalui online sahaja. Tak perlu datang UUM secara fizikal. Akhirnya, tarikh kemasukan kami pelajar baharu pada 23 & 24 Oktober pun ditangguhkan dan orientasi dalam talian pada 7 & 8 Oktober berjalan seperti biasa. Tak pernah-pernah dalam sejarah hidup aku orientasi online ni. Masa ni, nampak sangat memang ramai rakyat Malaysia yang nak hulurkan bantuan terutamanya kepada student yang terjejas dan terkandas di mana-mana tempat disebabkan oleh perubahan arahan di saat-saat akhir. Semoga setiap jasa baik setiap masyarakat yang ringan tangan menghulurkan bantuan dibalas dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.
Ini la norma baharu yang perlu dihadapi oleh pelajar-pelajar tidak kira dari peringkat awal pendidikan, peringkat menengah mahupun pendidikan tinggi. Kelas online pula pada 11 Oktober, tapi aku rasa untuk fasa awal ni tak busy sangat. Sebab minggu add/drop akan berlangsung. Semoga pelajar-pelajar baru yang baru nak belajar dan memahami sistem universiti, boleh catch up. Semoga yang tertekan dalam online learning, terus kuat. Yang diuji dengan krisis kewangan, semoga dimurahkan rezeki. Yang rasa dirinya mengalami mental breakdown, terus la bersemangat lagi. Ada kata-kata yang aku pernah dengar. Hidup ni, bukan perlumbaan. Tapi, satu perjuangan. Dan dalam perjuangan memang akan ada tekanan. Kita semua perlukan tekanan tu untuk dijadikan sebagai satu titik penolak. Kalau tak ada tekanan tu, kita akan terus menerus berada dalam comfort zone kita. Semua tu, adalah pilihan dan bergantung atas diri kita sendiri sama ada kita nak jadikan tekanan tu satu perkara yang positif, ataupun negatif? Terpulang.
Sekian, untuk hari ini.
#SISWAJAGASISWA
P/s: Updated!! Alhamdulillah tak sampai 10 hari pun dah ada dikreditkan masuk dalam akaun AirAsia. Tak rugi pening kepala buat refund, aku pun tak tahu la AirAsia tu accept ka tak tahu-tahu dapat email pemberitahuan aku apa lagi cepat-cepat pergi check credit account tu 😂 fyi, duit tu tak boleh withdraw sebab masuk dekat credit account tak pasti kalau boleh terus masuk bank account atau tak. Tapi aku lagi suka macam ni biar duit tu stay diam-diam dalam tu. Lagi pun jangan risau, AirAsia akan state kan sekali tarikh valid sampai tahun bila.
0 Post a Comment