السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hi. Bertemu lagi kita dalam blog ini yang setahun sekali saja updatenya, al-fatihah untuk diri sendiri. Kita straight to the point saja okay, kerana entri kali ini tersangatlah panjang. Trip kali ini pakat main terjun saja tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun tak semua yang dirancang menjadi realiti. Sebabnya, 2 hari sebelum pergi dah ada tentatif siap dengan jawatan masing-masing setiap sorang acah pergi program under TNC ya. Tapi tidak mengapa saudara, kita enjoy! 🫡
Jangan percaya asssignment tolak tepi, sebab aku yang beriya buat tentatif aku juga la yang buat assignment Contract Law II pada malam itu sampai pukul 4 pagi baru dapat tidur. Semuanya hanya dirancang tanpa tahu tarikh yang tetap, akhirnya keputusan last minute juga yang menjadi pilihan semua 😑 Malam tu apa lagi, semua kelam kabut nyah sampai lewat tidur nak packing barang semata. Tapi takpa, sebab excited nak habiskan cuti midsem tu kite happy jeeeeee, yay!
31/05/2023
🌞 during the day:
Kitorang gerak after subuh sebab nak kejar train punya pasal. Nak pickup satu-satu lagi dari inasis ke inasis. Alhamdulillah everything went well, pakcik sapu pun baik jugak. UUM ke KTM Arau tu dalam RM25-30 jugaklah, jangan risau tak mahal pun lagi-lagi kalau naik ramai-ramai. Tapi kitorang bayar RM30 walaupun sebenarnya pakcik tu nak RM32 sebab nak pickup satu demi satu dari laluan A, laluan C dan Kachi. Tapi kita kan student marhaen, dapatlah -diskaun. Dalam pukul 7 pagi kami dah sampai dekat KTM Arau, nak beli tiket tu beli je terus dekat kiosk yang disediakan. Best kalau nak travel naik train ni sebab murah, Arau-Gurun baru RM6.10
mudah sajooo nak belinya
tunggu train sampai you
Sampai dekat KTM Gurun dalam pukul 8.30 pagi macam tu kejap je tak lama pun, kawan kitorang jemput dan bertebaranlah kami di muka bumi Gurun yang terletak di kaki Gunung Jerai ini untuk mencari sesuap sarapan, pekena dengan roti canai dan milo panas. Rasa roti canai dia tak sama dengan Sabah, mungkin tekak aku saja yang tak boleh nak masuk sebab pedas dan manis sikit. Sebenarnya boleh je request tak pedas tapi manalah aku tau bye. Nasib baik tak terberak ye kawan-kawan. Total breakfast kitorang hanya RM19.50. Tak perlu risau dan segan untuk mencubanya. After breakfast tu, kitorang terus gerak ke Penang dalam sejam lebih jugaklah perjalanan. Alhamdulillah, selamat sakit pinggang.
beratur panjang nak masuk funicular railway
menyempat gambar Jambatan Pulau Pinang E36 yang dibuka pada tahun 1985 merentasi Selat Selatan untuk tatapan anak cucu
Tiba sahaja di Penang, kami terus meluncur laju ke destinasi pertama iaitu Bukit Bendera sebab tak sabar nak naik funicular railway. Walaupun mengantuk tetap semangat anak muda! Semangat sangat sampai disaman RM75 sebab parking tempat takda line huhuhu. Tak pasal-pasal termasuk dalam bajet trip 💀 Nak beli tiket masuk tu kejap je, tapi yang nak tunggu turn untuk masuk train tu beratur mat. Hampir rebah diriku di tempat kejadian tapi masih boleh digagahkan kerana ada penguat semangat di belakang, hihi. Tiket RM12 je untuk dewasa, murah kan? Dekat atas tu macam-macam kemudahan ada, ada je kedai makan, suasana nyaman, memang terjaga rapi. Naik atas tu jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak atau record video tau, rugi kalau tak capture the moment.
Selesai destinasi pertama, kami bercadang untuk makan sebab perut betul-betul lapar dah waktu tu. Kami makan dekat restoran nasi kandar Deen Maju yang terletak di Jalan Gudwara, Georgetown. Orang kata rugi kalau datang Penang tak rasa nasi kandaq sebab ini menu yang paling terkenal di Pulau Pinang. Aku tak seberapa gemar makan nasi kandar tapi kita try je sebab perut gila-gila lapar waktu tu. Sampai dekat Deen Maju tu, haaaa sudah, beratur ya, takdanya beauty privilege ke apa handsome privilige ke kau beraturlah panjang semata-mata nasi kandaq. Aku dengan laparnya, mengantuk, dan panas terik waktu tu rasa nak makan je kerusi meja. Boleh tahu terkenal ya restoran ni kalau tak, takdanya orang rajin sangat nak beratur. Peringatan mesra, kalau nak ambil lauk sotong, sila sediakan duit lebih sikit ya. Kalau nak diingat rasa nasi kandar tu macam mana, aku bagi rate 7/10 la untuk bukan penggemar nasi kandaq seperti diriku 😀
selamat beratur anak-anak |
Ingatkan lepas makan tu, aku nak rasa cendol Penang sebab memang teringin. Tapi member kite tak larat dah nak jalan, semua dah low battery. Nak rehat untuk plan malam tu pula. Kan aku dah kata, kita hanya mampu merancang. Beriya je tentatif tu macam nak capai KPI. Kitorang booked Airbnb je senang, ada 2 bilik dan 1 bilik air. Dapur dia sekalikan dengan ruang tamu. Okay la, selesa la jugak sejuk sebab ada aircond 👍🏻 kemudahan seperi mesin basuh, Wifi, TV, etc semua ada disediakan jangan risau. Paling penting view dia cantik!! Tak menghadap laut tapi toleh kiri haaa laut la kau nampak. Takda gambar, tak sempat nak tangkap. Amount paid untuk Airbnb ni RM243.75 dapat la RM40.60 sorang. Berbaloi jugak kalau duduk ramai-ramai. Ni mudah je kalau nak cari Airbnb murah, kena rajin buat research cari dekat apps. Lagi lama researchnya, lagi la dapat yang murah dan berpatutan. Jadi, jangan lupa menjadi bijak! Jangan lupa tengok review sebelum purchase, dapat yang berhantu kite taktauuu.
🌙 at night:
Malam tu kami jalan-jalan lagi you. Jalan malam memang best sebab tak panas make up pun on point je. Kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Armenian Street, Penang. Dekat sini macam-macam ada, tapi tak sempat nak explore semua sebab malam kan. Tak banyak kedai buka waktu malam kalau kedai dekat tepi-tepi tu, kecuali kalau perginya siang. Aku ni memang tak dapat nak agak tempat kalau malam, sebab gelap dan aku hanya melihat ruangan tu dari sudut yang kecil seperti hatiku yang sempit sebab dipenuhi cinta kekasihku aiseh. Boleh sesat kalau tak peka so sila la berteman dengan yang pakar lagi arif ya. Malam tu kitorang dinner dekat restoran nasi Arab, tak ingat nama tempat. Dekat Restoran Kapitan (Chulia Street) kot aku pakat main hentam je ni lantak la yang penting bersebelahan dengan bangunan Seong Giap Co. Sedap jugak tapi tak larat nak habiskan sebab masih kenyang waktu tu. Aku makan Chicken Briyani Claypot ni only for RM12.20. Nampak sikit dalam gambar tapi portion dia banyak.
Chicken Briyani Claypot |
Dengan perut yang penuh, kitorang pun decide nak buat apa. Akhirnya, semua setuju nak main electric scooter pusing-pusing area situ je tapi adalah abang tu kata tak boleh jauh sangat. Kalau aku yang bawa tu mahu terlanjur balik ke rumah, main jalan je tak tengok kiri kanan ataupun jalan tempat yang berulang-ulang. Kitonyo lemah bab navigation. Best jugak main tapi kena hati-hati sebab banyak kereta lalu-lalang. Sentiasa la tekan signal scooter tu ya walaupun bunyinya mengerikan. Sewa scooter ni RM20 untuk 1 jam. Main la puas-puas pusing area situ sampai habis masa. Jangan lupa tangkap gambar jugak, rugi kalau tak bawa balik kenangan. Kenangan manis macam ni mungkin tak dapat diulang, kalau diulang pun tak akan sama seperti sebelumnya. Lepas ni kau kayuh je la basikal pusat sukan UUM tu.
Lepas habis main scooter semua memang dah weak sangat-sangat kita cauuu balik rumah. Enjoy sangat mainnya, sampai tak sedar waktu bergerak pantas. Waktu nak hantar kembali scooter tu dapat aiskrim free dari tauke kedai, happy ya dapat makanan free dasar rakyat marhaen. Apa-apa pun kita enjoy! Okay, sekian. Itu sahaja untuk hari pertama. Kita sambung untuk hari kedua di entri seterusnya pula. See yah! 🫡