Categories

  • Home
  • About me
  • Tips
  • Beauty
  • Study

Atirah Ramlee

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hello!! Sebelum ni aku ada kata aku akan share tips untuk isi UPU kan. Takda la tips sangat. Saja nak kongsi apa yang patut kita buat bila nak isi UPU tu. Mana la tahu kan, ada adik-adik yang nak tahu pengalaman dari lepasan tahun-tahun sebelum. Kalau tak, takda la korang tersesat dekat sini. Oh, lupa bagitahu. Entry ni akan jadi panjang sikit ya dan memang 100% based on my experiences. Semoga bermanfaat dan jangan stress baca.
 
1. Explore
Benda pertama yang korang patut buat adalah explore. Explore semua tentang universiti dan course yang korang minat tu dengan lebih mendalam. Nilai la kebaikan dan keburukannya. Masa aku isi UPU aku explore setiap universiti, course, struktur yuran, fasiliti, jarak dia dari pusat kemudahan dan macam-macam lagi la. Perkara biasa bila masa tu google history korang penuh dengan segala hal pasal universiti sebab sikap ingin tahu korang jadi lebih tinggi. Waktu isi UPU step pertama yang aku buat, tengok course dulu. Lepas tu bila dah list kan pelbagai pilihan course yang aku minat dan cukup syarat, baru la aku tengok dekat universiti mana. Bila dah list kan course tu, apa lagi? Aku akan saring semula mana yang paling terbaik dan aku rasa paling sesuai dengan result aku, kiranya aku mula short-list kan la setiap course yang aku pilih tu. Hasilnya, jadi la sedikit dan lebih senang untuk aku arrange dari pilihan no. 1 hingga pilihan no. 12. Di setiap universiti tu mesti ada kursus-kursus yang korang minat kan, list kan saja semuanya (contoh: UNIMAS, UM, UUM, UITM ada tawarkan kursus kaunseling so korang list down kan saja dan buat la perbandingan).

Sebagai tambahan, kenapa aku letak UUM dalam senarai pilihan universiti aku dulu sebab aku tertarik dengan kemudahan yang disediakan. Salah satunya sebab UUM bagi student dia tinggal dekat Inasis (Inapan Siswa) dari la awal semester sehingga graduated. Sama macam IIUM la, tapi aku tak lepas syarat masuk sana lols. Nak tahu lagi? Sebab UUM okay la jauh dari kesibukan kota, kenapa? Kalau nak tahu, isi UUM. Haha takda la. Aku berminat sebab UUM ni dikelilingi hutan dan waktu tu aku imagine ja ketenangan dia just nice la kan ngam dengan taste aku. Tapi jangan risau sebab Pekan Changlun tu tak jauh juga dari uni kalau nak pergi cari barang keperluan dan tak payah jauh-jauh pun dalam UUM ada Varsity Mall lengkap ja basic needs dekat situ. Ada banyak lagi sebab kenapa aku pilih UUM kalau nak taip semuanya jenuh nyah nanti korang buat la research sendiri ya sebab uni lain banyak lagi yang okay, semua uni pun memang ada pros and cons dia so ikut cita-rasa korang la. Jadi selepas menilai dari pelbagai segi tanpa malu-malu aku terus masukkan UUM dalam list aku. Macam ni cara yang aku guna bila aku buntu nak pilih mana satu. Buat korang yang lagi pusing-pusing pokok malberi tu try ikut step ni untuk memudahkan korang membuat pilihan sebab kalau tak explore dengan teliti dan menilai dengan betul akhirnya akan mula timbul rasa tidak puas hati dengan pilihan tu nanti. 

2. Rujuk Guru
Seperti mana yang aku dah ceritakan dalam Part 1, aku berjumpa dengan guru untuk meminta nasihat. Mana-mana guru pun okay kalau ada guru yang sudi bagi korang nasihat dan tunjuk ajar tapi lagi sesuai guru kaunseling la. Mana la tahu guru subjek korang tu busy mengajar kelas kan. Masa aku jumpa cikgu kaunseling, cikgu ada tanya aku minat apa, nak jadi apa, dan macam-macam lagi la aku dah lupa sikit sebab dah lama kan. Dengar punya dengar nasihat dan penjelasan cikgu, sampai la akhirnya aku terfikir nak isi course tu. Kalau korang jumpa cikgu korang, sediakan la soalan siap-siap jangan masa tu baru nak fikir nak tanya soalan apa sebab mesti akan ramai lagi student nak jumpa cikgu. Taknak la kita buang masa nanti sampai masa orang lain pun terbuang begitu sahaja.

Alhamdulillah, berkat dari nasihat dan tips dari Cikgu Siti Salehah, saya mendapat tempat di universiti. Sila la berjumpa dengan guru kaunseling sekolah ya? Jangan selamba badak ja isi ikut suka hati kalau tak tahu takut tersilap isi nanti tu yang susah. Nak isi benda alah ni, nampak senang tau. Tapi bila kau dah duduk depan laptop nak isi semua tu, masa tu fikiran kau akan berkecamuk ðŸ˜‚ kadang-kadang ada orang result baik pun boleh jadi tak dapat tempat sebab tersilap langkah. Bukannya sebab diri tu tak layak tapi sebab tersilap isi. Minta berhati-hati ya bila isi nanti. 

3. Isi yang Kita Betul-betul Nak
Ni maksud dia isi la course yang korang semua betul-betul minat. Amaran keras!!! Jangan sesekali ikut kawan. Tapi kalau dah kawan tu memang nak pilih yang tu juga korang tak payah la emo sangat. Korang yang patut tanya diri sendiri. Keputusan tu lahir dari hati kita atau nak ikut orang lain. Jangan macam tu ya. Masa ni la kita kena belajar berdikari, berani buat keputusan untuk diri sendiri dan rangka sendiri apa yang kita nak jadi pada masa hadapan. Kenali diri dan kemampuan kita dan fikir-fikirkan la sampai dapat pilihan yang kita betul-betul mahukan. Kenapa perlu buat macam ni? Jadi nanti tak ada la kita terfikir nak tolak tawaran, pergi tapi tak puas hati, belajar jadi tak ikhlas, nak tukar kos, taknak sambung belajar. Nanti bila ditanya, kalau taknak, kenapa kamu pilih course ni? Jawapannya, sebab dah tak ada pilihan jadi saya isi ja ikut suka hati. Dan akhirnya, menolak tawaran. Dah la isi yang tak minat satu hal, kena pulak pilihan yang ke 12. Nasib tak nasib? Yang sepatutnya kena bersyukur, terus jadi tak bersyukur.

So, perkara sebegini la yang kita nak elak. Kalau dah terlanjur takpa. Tapi kalau kita boleh elak, kita elakkan. Jadi apa yang perlu korang buat? Dari pilihan 1-12, sila isi course yang korang betul-betul minat, suka, layak, mampu. Jadi bila keputusan dah keluar nanti korang tak akan gelisah sangat dapat tak dapat belakang cerita, kalau dapat alhamdulillah dan tak perlu risau dapat pilihan nombor ke berapa sekalipun sebab semuanya pun korang suka. Jelas? Ingat pesan ni jangan sesekali isi ikut kawan padahal kita dah tahu di mana tahap kemampuan kita. Tapi kalau cukup syarat, memang ada minat dan rasa-rasa mampu, nak isi sama-sama takda masalah. Nasihat aku, ukurlah baju di badan sendiri. 

4. Bincang dengan parents
Ini pun salah satu tips jugak. Apa-apa saja keputusan yang kita buat, jangan pernah lupakan parents kepada yang masih ada kedua-duanya. Cuba berbincang dengan parents dulu. Kalau soalan cepumas keluar seperti apa laluan kerjaya dalam bidang itu? Haaa direct bagitahu apa matlamat dan cita-cita kita. Jelaskan dengan baik tau. Sebabnya nanti bila dah keluar result UPU tu tak ada la terfikir nak tolak tawaran sebab parents tak kasi, parents tak bagi dorongan, parents taknak kita jadi itu ini.

Yang ni aku faham ja tak semua orang dapat rasa situasi macam ni tapi at least bagitahu apa pilihan korang okay! Aku pasti mesti ada parents yang taknak kita jadi apa yang kita mahu sebab parents memang sentiasa nak kan yang terbaik untuk anak-anak dan tak semua ibubapa ni tahu perkembangan industri di negara kita. Selalunya mak ayah akan suruh kita jadi cikgu, jururawat, polis, bomba, doktor, dan banyak lagi. Lagi-lagi bila mak ayah tak pernah dengar course tu sebab kadang-kadang ada kursus baru yang pelik sikit nama dia so memang akan jadi sangat asing la. Masa ni la kita kena mainkan peranan untuk fahamkan parents kita dengan baik.

Okay ni la antara tips versi aku. Aku tak ingat lagi dah yang lain. Yang penting kena hati-hati dan jangan sampai tersilap langkah. Jangan ambil ringan pasal ni kalau korang betul-betul nak sambung pengajian. All the best! 


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Hari Isnin, semua. Nampak tajuk aku hari ni? Hari ni kita cerita tentang UPU. Semua pasal UPU ya anak-anak. Jadi bila cerita tentang UPU, panjang la kan entry nya? Harap bertabah ðŸ˜‚ Kalau nak isi UPU kita mesti beli pin UPU di mana-mana cawangan BSN yang terdekat dulu. RM15.90 harganya tak silap. Tambahan untuk semua, isi la details tentang diri kita, ibubapa, akademik, dan segala maklumat yang berkaitan tu sebelum tarikh pemilihan kursus. Boleh ja update awal-awal selepas kita dah register guna pin tu. Kenapa kena lengkapkan maklumat diri awal-awal? Supaya nanti bila kita nak pilih kursus, kita tak payah dah isi maklumat-maklumat tu. Nanti just recheck ja maklumat-maklumat tu dan boleh terus fokus untuk pemilihan kursus. Lepas dah isi maklumat, terus la survey kursus-kursus apa yang anda suka, dan cukup syarat.

Masa aku isi UPU tu banyak kali juga la bertukar-tukar. Dilema habisss. Percaya la. Kita akan rasa, betul ka aku nak jadi ni? Aku layak ka? Dapat ka? Sooooo, lagi senang. Berjumpa la kepada yang lebih pakar dan arif dalam hal ini. Contoh, guru kaunseling. Masa aku isi UPU ni pun aku pergi jumpa guru kaunseling sekolah aku, Cikgu Siti Salehah. Cikgu akan tanya kita, kita lebih cenderung kepada apa, minat kerjaya kita apa, peluang kerja apa yang lebih mendapat sambutan dan banyak lagi la bergantung guru kaunseling masing-masing. Ada kursus-kursus yang baru, nama pelik, kita tak pernah dengar pun sebelum ni so kita boleh tanya guru kaunseling course tu belajar tentang apa atau apa peluang kerjaya yang akan ditawarkan. Bila kita dah tahu dan rujuk pada orang yang tepat baru la kita rasa lega dan lebih yakin untuk memilih sebab ada orang yang guide kita. Kan? Tapi tak boleh juga ikut 100% sebab cikgu hanya menjadi pembimbing, selebihnya tu kita yang kena tanya pada diri kita sendiri. 

Waktu tu bermula la kesibukan mengisi UPU. Dilema pada bulan tersebut, sangat-sangat la dilema. Gila lagi susah dari jawab kertas ujian, tak percaya? Rasa sendiri ðŸ˜‚ kalau tersilap, bye-bye la. Tapi jangan risau, aku bukan nak takut-takutkan ya. Tapi, masa kita isi UPU tu cuba kenali diri kita. What we need? What is our ability? Apa yang kita mahu explore dan pelajari dengan lebih mendalam, apa yang kita rasa kita mampu, dan banyak lagi sebab tertentu. Ada 12 pilihan yang kita mesti isi dan tolong tolong tolong la isi kesemuanya. Ini nasihat daripada cikgu Pengajian Am aku, Cikgu Azfar. Sila isi pilihan 1-12, jangan pilih sampai 6 saja dengan alasan dah tak ada pilihan kursus yang saya suka. Jangan. Aku ada gambar course apa yang aku pilih, tapi dah hilang dan tak dapat dijejaki. Aku cuba la ingat okay, ni antaranya: 


  1. UPSI - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling#
  2. UPSI - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak#
  3. UKM - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi)#
  4. UPSI - Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kejurulatihan)#
  5. UKM - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Geografi) 
  6. UIAM - Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Tamadun)
  7. UM - Ijazah Sarjana Muda Sosio Budaya Melayu
  8. UUM - Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian
  9. UPM - Bacelor Komunikasi dengan Kepujian
  10. UPM - Bacelor Pengurusan Sumber Manusia
  11. UNIMAS - Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
  12. UNIMAS - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Politik dan Pemerintahan)
Ni la antara pilihan aku yang buat aku tak tidur malam nak pilih mana satu ðŸ˜‚ take note yang ada tanda ni # tu kursus yang bertemu duga. Selalunya pilihan 1-2 ada tanda macam tu. So, bila dah fikir masak-masak dan akhirnya tiba la ke hari penutupan. Masa ni tawakal la apa lagi. Aku punya level tawakal tu sampai aku lupa aku isi apa HAHAHA. Kalau ingat pun mesti tiba-tiba fikir negatif cakap tak dapat la, tak yakin la jadi lebih baik tak payah fikir dulu. Dua hari sebelum, aku rilekkkkk juga la sebenarnya. Tapi dalam diam, air yang tenang jangan disangka tidak gelabah. Aku siap list kan lagi 4 pilihan kursus rayuan sebelum keluar result UPU tu. Mana la tahu, tak dapat kan? Kita mesti prepare. Dalam berharap nak dapat tu, buat la preparation supaya tak kecewa sangat. Tapi jangan sesekali ikut perangai aku yang tak pernah nak yakin dengan diri sendiri ni. Menghitung hari demi hari, purnama berganti purnama, waktu demi waktu. Akhirnya! jantung para lepasan STPM, kembali berdegup kencang pada tarikh keramat 18 Ogos 2020 bersamaan hari Selasa. Tepat pada pukul 12 tengah hari.. 

Sedih. Sangat sedih. 

Server down la pulak ðŸ˜‚ Tapi memandangkan, line aku bisa menembusi ke alam UPU tersebut. Alhamdulilah. 



(Masa aku update entry ni dulu screenshot result UPU tu ada, tapi lama-lama dia hilang dan tak available la pulak lepas tu gigih aku cari balik gambar tu tak jumpa-jumpa. So takpa la, aku update yang baru tapi yang surat tawaran terus nyah ambik)


Aku check result masa tu 12.03PM. Ggwp. Aku pun hairan kenapa tak crack bila masuk mungkin tu la function dia buka banyak link untuk setiap universiti supaya tak jammed. Perasaan waktu tu bercampur-baur. Takut tu of course la ada tapi tak takut sangat mungkin sebab aku dah ready untuk terima apa ja result yang akan keluar nanti. Sama ada sukacita atau dengan dukacitanya. Bayangkan dua perkataan yang berbeza ni, membawa maksud dan emosi yang berbeza-beza. Masa tu aku tekan link UNIMAS dulu, kenapa masuk link UNIMAS? Sebab UNIMAS pilihan yang terakhir. Apa kata aku buka yang last-last dulu kan. Rupa-rupanya, semua pun boleh check guna link tu. Pandai betul la kan kau tira.

Masa tu syukur yang tak terhingga la. Percaya tak percaya, rasa macam mimpi pun ada. Siapa tak happy kan? Tak sangka boleh dapat tempat sebab saingan nak masuk tu sengit dan alhamdulillah aku play safe pilih course yang aku minat dan mungkin tak ramai yang isi sampai la kena pilihan ke-8. Akhirnya, Tuhan maha mendengar dan maha mengetahui, Dia bagi aku peluang untuk sambung pengajian tanpa aku tahu pun apa hikmah di sebaliknya dan kebahagiaan apa yang disediakan kelak. Kuncinya, kita tak perlu cari pun di mana hikmahnya, jadi apa yang patut kita buat? Kita percaya saja apa yang ditakdirkan tu memang betul-betul terbaik untuk kita. Apa-apa pun, terima kasih UUM biarpun kau bukan pilihan pertama ku. 

Tahniah juga kepada kawan-kawan yang berjaya mendapat tempat! Semua ni ujian semata-mata dan kita juga la yang akan mencorakkannya sendiri. Kepada yang belum sampai rezeki, jangan sedih, okay? Sentiasa yakin dan percaya dengan ketentuan-Nya. Jangan putus asa. Cuba lagi untuk rayuan, second intake pun ada jangan risau. Kejayaan ni bukan terletak pada seseorang yang berjaya melanjutkan pelajaran saja tapi ianya dalam pelbagai bentuk yang unik dan bervariasi. 

Ada banyak lagi kejayaan dan nikmat yang kita tak rasa sebab definisi kejayaan bagi setiap individu tu berbeza-beza dan tersangat la luas. Mungkin ada yang berjaya dapat result gempak walaupun bukan dari ambilan yang pertama, mungkin juga cepat dapat tempat yang baik dalam pekerjaan, mungkin berjaya dapat jodoh yang baik atau mungkin ada yang berjaya memberi rezeki hasil titik peluh sendiri kepada parents lebih awal dan macam-macam lagi. Cepat atau lambat, kita semua pasti dapat merasai kejayaan. 

But perhaps you hate a thing and it's good for you; and perhaps you love a thing and it's bad for you. Allah knows, while you know not (Al-Baqarah 2:216)

Nanti kita sambung Part 2, aku cerita tentang tips isi UPU pula okay. Mesti semua nak tahu kan. See you!! 



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni aku nak kongsi sikit tentang jenis-jenis kulit sebab ni benda basic ja dan wajib untuk kita tahu sebelum kita survey produk mana yang sesuai untuk kita. Jadi tak ada la kita merungut pakai segala macam produk sebab bagi kesan buruk padahal produk tu tak sesuai pun dengan jenis kulit kita. Sama ada pembaca semua memang dah sedia maklum ataupun masih tak tahu macam mana nak kenal pasti jenis kulit, mari kita belajar. Aku ni tak la berpengetahuan sangat sebab aku bukan dermatologist, bukan juga ahli-ahli yang pakar dalam hal-hal kulit ni. Aku pun masih belajar, banyak belajar dan baca pengalaman-pengalaman dari blog orang lain yang lebih tahu. So berbalik seperti tadi, benda ni sangat-sangat basic dan wajib untuk kita tahu. Entry ni untuk mereka-mereka yang masih keliru dan tak pasti jenis kulit. Sebagai orang biasa terutamanya seorang wanita dan bukannya pakar dermatologi, ilmu tentang kulit ni kita mesti pelajari dan lebih baik untuk ambil tahu daripada tak tahu langsung. Selebihnya, sila merujuk kepada orang yang lebih pakar okay!



Kulit ni organ yang paling besarrrrr sekali dalam badan kita. Penjagaan yang rapi pada badan kita ni memang perlu untuk kita menghargai la setiap apa yang Tuhan dah kurniakan untuk kita aaaa gitchuuu. Jenis kulit kita ni boleh ditentukan oleh genetik, cuaca, hormon, ubat, diet/gaya hidup, dan produk. Kenapa kita perlu ambil tahu? Pernah dengar tak orang selalu merungut bila guna satu produk ni, kulit jadi tambah breakout? Produk tu rating dia tinggi, tapi bila kita guna ja tiba-tiba rasa ada iritasi, pedih, segala keturunan mak nenek jerawat-jerawat pun datang satu persatu. Itu la sebabnya kita kena ambil tahu supaya kita tak salah pilih produk. Produk-produk kecantikan ni, bukan magic potion yang dapat tahu semua jenis kulit kita. Tak semua produk sesuai dengan jenis-jenis kulit. Elakkan pembaziran juga antara sebab kenapa kita perlu tahu jenis kulit. Ya la, nampak orang beli, kita beli. Nampak produk tu bagus untuk kulit dia, kita pun nak sama macam kulit dia. Mana boleh macam tu. Sebab Tuhan ciptakan manusia ni unik, berbeza-beza dan tak boleh la sama semuanya. Beli skincare beratus-ratus pun kalau tak sesuai dengan jenis kulit kita, membazir la kan? Jadi bila kita dah tahu jenis kulit baru kita faham dan lebih arif dalam pencarian produk yang sesuai. 


P/s: Skin types dengan skin concerns ni adalah dua perkara yang berbeza. Skin concerns merupakan masalah-masalah yang terdapat pada kulit kita seperti hiperpigmentasi, dehidrasi, berjerawat, penuaan. Manakala, jenis-jenis kulit pula adalah seperti berikut (kenapa la bah ayat kerja kursus STPM aku bawa ke sini haih. Formal berabis HAHAHA) 


Jenis-jenis kulit:-

  • Kulit normal
  • Kulit berminyak
  • Kulit kering
  • Kulit kombinasi
  • Kulit sensitif

Kulit Normal

Kulit normal ni tahap pengeluaran minyak dia sangat-sangat seimbang. Maksudnya penghidratan dan minyak dalam kulit normal seseorang tu seimbang la. Tapi tak semestinya juga tak perlu buat perawatan kulit okay? Selalunya orang-orang yang memiliki jenis kulit normal ni, sesuai dengan semua jenis produk. Tapi boleh juga berubah-ubah ikut keadaan hormon dan persekitaran. 

  • Kurang ditumbuhi jerawat
  • Liang pori hampir tak kelihatan
  • Solekan tahan lama 

Kulit berminyak

Kulit berminyak ni boleh jadi disebabkan oleh lebihan minyak yang dihasilkan oleh sebum. Sebum ni dia macam kilang minyak. Jadi bila berminyak, mudah la kotoran, debu dan habuk melekat kan. Kulit jadi berminyak ni boleh dipengaruhi juga dari gaya pemakanan kita. Tapi, apa yang bestnya dengan kulit berminyak? Dia akan melambatkan proses penuaan terutamanya dapat menghalang kedutan timbul pada wajah. Jadi kalian yang kulit berminyak ni, memang sentiasa akan awet muda la kiranya, yey! ðŸ˜‚ 

  • Tebal, pori2 terbuka 
  • Cenderung akan dapat masalah white head & black head 
  • Kulit akan nampak shining dan berminyak pada waktu tengah hari
  • Jika minyak tak dikawal, mudah ditumbuhi jerawat
  • Tona kulit tak sekata/kusam disebabkan lebihan sebum

Kulit Kering

Kalau kulit berminyak tadi dia mempunyai lebihan minyak yang banyak jadi bagi kulit kering ni pula pengeluaran minyak adalah sangat sikit dan kurang aktif berbanding kulit berminyak. Minyak ni sebenarnya tak membahayakan kulit pun. Boleh jadi bahaya bila terlebih atau terkurang sahaja. Kalau sis-sis memiliki jenis kulit yang kering sama seperti saya, kuatkan semangat untuk terus lakukan rutin penjagaan ya. Sebab kulit kering ni bila tak jaga dengan serius, susah dah nak dirawat balik. Sila elakkan guna cleanser yang tinggi alkali, try cari nilai pH yang rendah. Kalau boleh tak kira la skin types apa pun cari la cleanser pH rendah. Banyak manfaatnya. Nilai pH yang tinggi ni sebenarnya boleh damage skin barrier kita dan kadang-kadang boleh jadi juga tu antara salah satu penyebab kita guna apa produk pun tak berkesan. Sebab skin barrier kita dah rosak dan terganggu. But it depends, kalau kulit kita masih boleh tolerance dengan produk tu, carry on la. Lagi satu, penggunaan alkohol dan sulfat pun perlu dielakkan untuk tak buat kulit jadi tambah kering. 

  • Mempunyai garis halus, bintik hitam (freckles), jeragat & kulit kusam
  • Kulit terasa kasar
  • Mudah dapat rengsaan (gatal, pedih, luka)
  • Bersisik & mengelupas 

Kulit kombinasi

Kadang-kadang bila tanya dekat kawan-kawan skin types dia apa, ramai juga la yang mempunyai kulit kombinasi ni. Mungkin sebab cuaca dan iklim kita dekat Malaysia ni kan. Ya ka? Ya ya ja aku ni. Dan kulit kombinasi ni la antara kulit yang paling susah sekali untuk difahami HAHAHAHA. Kebanyakan orang akan terkeliru dalam memilih produk yang sesuai sebab diaorang perlu menangani dua isu yang berbeza. Kulit kombinasi ni mempunyai lebihan minyak pada bahagian T-zone (dahi, hidung, dagu) dan minyak yang kurang pada bahagian pipi. Bahagian pipi ni sama ada kering, atau normal selalunya. Oleh sebab itu, perlu la dijaga dengan lebih teliti. Kadang-kadang kulit kombinasi ni boleh berubah2 bergantung pada penjagaan, hormon, jenis produk atau cuaca. Sebaiknya pilih produk yang for all skin types tu jadi tak payah susah-susah fikir. Sapu ja semua ðŸ˜‚ sebab kalau beli produk yang berlainan, banyak kos juga nak guna. So cari la produk yang berfungsi memulihkan keseimbangan kulit okay guys. 

  • T-zone akan berminyak menyebabkan liang pori akan terbuka luas 
  • Mudah ditumbuhi white head & black head 

Kulit Sensitif

Kulit sensitif ni pula kulit yang mengalami alahan atau akan lebih cepat bertindakbalas pada apa-apa sahaja yang menyentuh kulit muka. Kesian juga la dengan orang-orang yang mempunyai jenis kulit sensitif ni sebab dia sukar nak tentukan dari mana datangnya punca tu. Sama ada dari cuaca, iklim, pakaian yang kita guna atau dari produk seperti sabun, make up, losyen atau pewangi. Wangian sintetik ataupun bahan kimia yang terkandung dalam sesuatu produk tu juga boleh menyebabkan iritasi yang sangat teruk kepada orang yang memiliki kulit sensitif ni. Jadi kalau nak guna produk-produk tertentu boleh la guna yang ada label calming atau anti-inflamasi tu ya. 


Sekarang dah tahu jenis kulit, baru la yakin nak cari produk yang sesuai dengan kulit kita, kan? Mari bersama-sama kita banteras pembaziran ðŸ˜‚ hakikatnya diri sendiri pun baru tahu jenis kulit apa setelah bertahun-tahun hidup di muka bumi. Ya, saya la orangnya yang membazir duit beli bermacam-macam jenis skincare at the same time menangis tak berlagu sebab kulit bagi respon yang mengecewakan dan lagi berlagu setelah duit tiba-tiba lesap dekat watson. Tercicir agaknya. 


Dan syukur, walaupun tak la se-flawless seperti apa yang saya expect hahaha. Alhamdulillah, my skin getting better dan jerawat pun segan2 nak tumbuh. Tak macam dulu, sehari seketul jerawat. Nanti aku buat review tentang produk apa yang sesuai tu. Stay tuned!! 


So guys, always listen to your skin okay? If dia kata dia taknak, jangan paksa. Bak kata Maisarah Mahmud, hydration is the key. You can do it, good luck ❤️







Newer Posts
Powered by Blogger.

Search This Blog

THE AUTHOR



Atirah // Bach. of Communication (Hons.) // Universiti Utara Malaysia 

I might not that good at everything I do, but I hope all of my readers may gain some benefits & learn something from this blog. 

email: swnratrh35@gmail.com



 

Blog Archive

  • ▼  2025 (1)
    • ▼  February (1)
      • Cleaning Service at Johor Bahru
  • ►  2023 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2022 (2)
    • ►  August (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2020 (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)

CONNECT WITH ME

Main Tags

  • Beauty
  • Bougas Beauty
  • UPU

Created with by beautytemplates